NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

ouh,

Salam.

(Sedikit petikan diambil dari buku “Hikmah Solat Subuh” dan telah diolah sedikit oleh penulis)

Dalam hiruk pikuk suasana orang membeli belah,dan sementara menunggu rakan-rakan yang masih memilih, saya singgah disebuah kedai yang sunyi-sepi.Sedikit sahaja orang yang keluar masuk,tidak ada suara orang tawar-menawar cuma lagu Samir Yusuff yang perlahan berkumandang dan gerakan-gerakan beberapa orang pengunjung membelek barang-barang.

Di pintu masuk disusun deretan buku-buku dan selari dengan itu terus ke belakang tersusun kemas barang-barang perhiasan,pashmina, jubah-jubah, Al-Qura’n dan yang sewaktu dengannya.Saya berjalan dari satu rak-ke rak yang lain sehingga akhirnya saya kembali ke kawasan asal.Deretan buku-buku itu.Dan saya tarik senaskhah buku “Hikmah Solat Subuh” (dan saya tidak ingat penulisnya) dan mula menyelak. Continue reading

February 23, 2008 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment