NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Hikmah dan Pelajaran daripada perjuangan Ikhwanul Muslimin

Ikhwanul Muslimin (IM) adalah satu pertubuhan NGO Islam yang mengajak dan menuntut agar tertegaknya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW , dan diserukan oleh para salafus-soleh, bekerja denganNYA dan untukNYA, keyakinan yang bersih yang berakar teguh dalam hati, pemahaman yang benar yang akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik. Kini, gerakan IM  tersebar ke seluruh dunia.

Pengasas IM adalah Imam Hassan Al-Banna (HAB) yang dibunuh kerana membawa Islam. Meskipun beliau hanyalah seorang tukang jam, seorang guru dan seorang mujahid. HAB dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Mahmudiyah, Mesir. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik kepada pasangan Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna, seorang tukang jam dan Puan Fudhla seorang wanita yang pintar, peka, mahir dalam pengurusan rumah tangga serta tegas dan mempunyai kekuatan kehendak yang diwarisi HAB.

Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British.

Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al ‘Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional.

Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian.

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama’atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Di tahun akhirnya di Dar al-’Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi “penasihat dan guru” bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka “matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan”. Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bhs Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma’iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez.

Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.

Ikuti sedikit tulisan Maryam Jameelah berkenaan Ikhwanul Muslimin dalam fail PDF di bawah:-

sila download dan selamat membaca!

Mengenai Pertubuhan Ikhwan al Muslimin

By: – Exco Penerbitan dan Media 🙂

Advertisements

March 5, 2010 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Perlukah Menyambut… Valentine’s Day?

Bersama Ustazah Siti Nor Bahyah dalam mengupas isu sambutan Valentine’s Day yang diHARAMkan bagi umat Islam. Jika anda seorang Islam, maka berilah peringatan kepada keluarga, saudara atau rakan se-Islam agar tidak menyambut Valentine’s Day kerana ia bukan amalan umat Islam.

February 13, 2010 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Musim Peperiksaan

Kini, tiba masanya musim dari segala musim yang ditunggu-tunggu (mungkin) oleh para pelajar di Moscow,

Musim Peperiksaan.

NowWhyTwo Moscow mengucapkan BITTAUFIQ MAANNAJAH!


December 28, 2009 Posted by | Foto, Ibadah, Ucapan | , | Leave a comment

Fadhilat di bulan Muharram

Bulan amal

  1. Merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerna bermula dari bulan ini, segala bulan-bulan yang lain dibukakan
  2. Terdapat hari asyura yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri

Ketika sampai di madinah, nabi berpuasa pada hari asyura tetapi apabila difardhukan puasa ramadhan nabi bersabda “ sesiapa yg hendak ,maka berpuasalah pada hari asyura dan sesiapa yg tidak mahu tinggalkan ia”

Hadis lain “ seafdal afdhal puasa selepas ramadhan ialah puasa bulan allah iaitu bulan muharram dan seafdhak afdhak solat selepas solat fardhu ialah solat malam”

Nabi pernah ditanya mengenai puasa hari asyura, maka sabda baginda saw “ ia akan menghapuskan dosa sethaun  yang lalu”

Hari asyura ialah hari kemenangan nabi musa dan bani Israel  menentang firaun, nabi musa telah berpuasa pada hari tersebut.

Untuk membezakan sambutan hari puasa orang yahudi pada hari asyura, nabi bersabda supaya bermula puasa pada 9 muharram dan 10 muharram atau lebih baik 9,10,11 muharram atau 10,11 muharaam.

Kisah bulan muharram

  • Kemenangan nabi musa mennetang firaun
  • Nabi Ibrahim dibakar
  • Nabi musa menerima kitab taurat
  • Nabi ayub sembuh dari penyakit
  • Nabi yunus keluar dari perut ikan
  • Nabi sulaiman menjadi raja

December 25, 2009 Posted by | Ibadah, Tazkirah | Leave a comment

Apakah bezanya hijrah 1431 tahun lepas dan hijrah selepas 1431 tahun?

Kalendar Hijrah sekali lagi ber’hijrah’ ke angka 1431 H.

Itu tahun hijrah.

Kita?

Adakah masih sama?

Sejak dahulu lagi tidak pernah melakukan penghijrahan dalam hidup ini.

Sudah selesakah dengan kehidupan ini?

Sudah tetapkah pilihan kita mengambil jalan hidup ini?

“Kalendar Hijrah memanglah perlu berhijrah”

“Zaman sekarang mana ada hijrah lagi macam zaman nabi…itu 1400 tahun lepas”

Wahai umat Muhammad (SAW)!

Lupakah kita kepada satu penghijrahan yang cukup besar yang perlu dilakukan oleh seluruh hambaNya?

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata:
Saya mendengar Rasulullah ? bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari ( I/9 – Fath ) dan Muslim (1907)

Maka, itulah hijrah yang kita perlu lakukan.

Berhijrah kepada Allah dan RasulNya, insyaAllah akan mendapat redha Allah dan RasulNya

Berhijrah kepada sesuatu perkara yang duniawi, maka kamu akan dapat dunia ini sahaja! Kamu tidak akan dapat Allah, kamu tidak akan dapat RasulNya.

Hijrah ini bukan sahaja pada 1400 tahun lepas, tapi hijrah ini perlu dilakukan sepanjang zaman!

Ingatlah, dunia ini tidak kekal. Dunia ini hanya memabukkan dan mengkhayalkan kamu.

Dunia ini hanya akan membawa kamu jauh, jauh, jauh dari Allah dan RasulNya.

Dan kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu mengerti! (Al-An’am 6:32)



December 17, 2009 Posted by | Akhlak, Foto, Ibadah, Tazkirah | , , , | Leave a comment