NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Mari Berbicara Dengan Perkataan Yang Baik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Firman Allah dalam Surah alBaqarah ayat 103-104

Dan jika mereka beriman dan bertaqwa, pahala dari Allah pasti lebih baik, sekiranya mereka tahu. Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan Ra’ina tapi katakanlah, Unzurna dan dengarkanlah. Dan orang-orang kafir akan mendapat azab yang pedih

Pada permulaan ayat, Allah menunjukkan progres seorang yang beriman hendaklah beriringan bersamanya pertambahan taqwa. Hamba yang bertaqwa sentiasa peka dengan akal, hati dan tingkah-lakunya supaya tidak melanggar perkara-perkara yang membawa kepada murka Allah. Allah menjelaskan dalam ayatnya jika mereka beriman bermaksud Allah memberi pilihan sama ada untuk kufur (di dunia yang penuh dengan godaan) atau untuk kekal berpegang teguh pada iman. Maka berbahagialah mereka yang berpegang teguh pada iman kerana Allah dengan jelas dan terang menjamin bahawa ganjaran dari sisi Allah itu tidak terbanding dengan segala kemewahan dan kesenangan dunia. Ganjaran yang istimewa dari sisi Allah itu memang menjadi mainan di mulut manusia. Syurga Allah yang kekal abadi tetapi adakah manusia benar-benar mengetahui? Kita ambil contoh pemandu memandu kereta sangat laju, apabila ditegur sudah pasti dia tahu akan akibat buruknya tapi adakah dia benar-benar tahu? Dia akan tahu dengan sebenar-benar tahu apabila dia sendiri cedera parah dalam kemalangan jalan raya. Pada waktu itu baru mengeluh “Kalau lah aku tahu”, bukankah sudah diingatkan? Jadi manusia hendaklah mengambil perhatian atas peringatan ini.

Kemudian Allah teruskan dengan mengalih perhatian dari bercakap mengenai Bani Israel (ayat 103 dan sebelumnya) dengan bercakap terus kepada orang-orang beriman. Ini adalah signal supaya kita tidak mengulangi tabiat buruk Bani Israel. Allah memberi amaran kepada orang-orang beriman supaya jangan menggunakan perkataan Ra’ina tapi gantikan dengan Unzurna. Ra’ina digunakan apabila orang yang bercakap mahu para hadirin memberi perhatian. Apabila vokal huruf ya dipanjangkan ia bermaksud orang gaji atau orang yang diupah melakukan kerja pembersihan. Orang-orang Bani Isreal suka menggunakan perkataan ini untuk menghina/menyindir orang lain.

Jadi Allah mahu membuang terus tabiat menggunakan perkataan tersebut yang mempunyai dua maksud (satu maksud baik, satu maksud buruk) seperti contoh di atas. Tapi sebaliknya gunakanlah Unzurna yang membawa maksud yang sama untuk tujuan yang sama kerana ia selamat dari dipermain-mainkan perkataan itu.

Allah melarang kita dari bermain-main dengan perkataan. Allah melarang kita menggunakan perkataan yang boleh membawa kepada salah faham walaupun niat asalnya adalah untuk kebaikan. Allah mengingatkan bahawa orang beriman sepatutnya meninggalkan terus penggunaan perkataan seumpamanya dan pilihlah perkataan yang baik apabila berbicara. Kerana jelas bahawa setiap yang keluar dari mulut kita (atau yang tidak keluar dari mulut kita) menggambarkan apa yang ada dalam hati kita, baik atau buruk, bersih atau kotor, iman atau kufur. Sesungguhnya akhlaq adalah buah kepada iman.

Allah menutup ayat 104 dengan mengatakan manusia yang degil untuk menurut perintah ini adalah manusia yang kufur dan pasti azab Allah yang pedih sedia menunggu (semoga kita dilindungi darinya).

WaAllahu a’lam

January 11, 2011 Posted by | Akhlak, Tadabur, Tafsir, Tazkirah | Leave a comment

Keampunan dan Syurga

Assalamualaikum wbt,

pray harder (click untuk ke blog pemilik gambar)

Dan bersegeralah kamu mencari ampunan Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa,

yaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan,

dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu sedang mereka mengetahui.

Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.

Amat jelas sekali, ciri-ciri manusia yang telah Allah janjikan untuk mendapat keampunanNya dan syurga yang seluas langit dan bumi.

Senarai ini tidak lain dan tidak bukan ada Allah senaraikan dalam sebuah buku- Al-Quran ( Surah Ali-Imran 3:133-136 )

Marilah kita bersegera, berebut-rebut dengan orang-orang lain yang telah ramai dan dari dahulu lagi memulakan langkah menjadi salah seorang dari yang berikut:-

1) berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit

2) orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain

3) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya


Sungguh, kata-kata Allah itu benar, janji Allah itu benar. Apalagi yang benar melainkan Allah?

June 17, 2009 Posted by | Tadabur, Tafsir, Tazkirah | , , | Leave a comment

Tiada paksaan dalam Islam

لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ

بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِاسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لاَ

انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Firman Allah s.w.t, Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat Kuat yang tidak akan putus.

Dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 256)

al-quran

Al-Maghari berkata: “Kalam sebelum ini berkenaan dengan taqrir usuluddin daripada tauhid kepada Allah dan mensucikannya serta sifat keesaan-Nya berkenaan dengan kerajaan dan pemerintahan di langit dan bumi. Juga penerangan bahawa ilmu-Nya merangkumi setiap sesuatu”.

Firman Allah s.w.t, Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam). Sayyid Qutub berkata: Dalam dasar ini ternyata bagaimana Allah memuliakan manusia dan menghormati kemahuannya, fikirannya dan perasaannya. Allah menyerahkan kepada mereka kebebasan membuat keputusan terhadap perkara akidah yang menentukan hidayat dan kesesatan dan menyerahkan kepadanya tanggungjawab amalan-amalannya dan hisab dirinya. Continue reading

March 14, 2008 Posted by | Tadabur, Tafsir, Tazkirah | , | Leave a comment

Surah az-Zumar : 53-59 – Taubat

Taubat

Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang telah bertindak melampaui batas terhadap diri mereka sendiri. Janganlah kamu berputus harapan dari rahmat Allah . Sesungguhnya Allah bersedia mengampunkan semua dosa. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih.”

(az-Zumar : 53)

Itulah rahmat Allah (SWT)yang dapat menampung semua maksiat walau bagaimana besar sekalipun. Itulah seruan Allah (SWT)mengajak manusia kembali padaNya, iaitu mengajak orang yang melakukan maksiat yang melampaui batas, liar dan meredah begitu jauh di belantara kesesatan kepada harapan dan kepercayaan untuk mendapat keampunan dari Allah (SWT)kerana Continue reading

March 4, 2008 Posted by | Tadabur, Tafsir, Tazkirah | , | 1 Comment

Surah At-Takathur

a

At-Takathur, 102 | 8 verses | Competition | Makkah

aa

M. Khan 1: The mutual rivalry for piling up of worldly things diverts you,
M. Khan 2: Until you visit the graves (i.e. till you die).
M. Khan 3: Nay! You shall come to know!
M. Khan 4: Again, Nay! You shall come to know!
M. Khan 5: Nay! If you knew with a sure knowledge (the end result of piling up, you would not have occupied yourselves in worldly things)
M. Khan 6: Verily, You shall see the blazing Fire (Hell)!
M. Khan 7: And again, you shall see it with certainty of sight!
M. Khan 8: Then, on that Day, you shall be asked about the delight (you indulged in, in this world)!

February 13, 2008 Posted by | Tadabur, Tafsir, Tazkirah | , , , | Leave a comment