NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Mari Berbicara Dengan Perkataan Yang Baik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Firman Allah dalam Surah alBaqarah ayat 103-104

Dan jika mereka beriman dan bertaqwa, pahala dari Allah pasti lebih baik, sekiranya mereka tahu. Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan Ra’ina tapi katakanlah, Unzurna dan dengarkanlah. Dan orang-orang kafir akan mendapat azab yang pedih

Pada permulaan ayat, Allah menunjukkan progres seorang yang beriman hendaklah beriringan bersamanya pertambahan taqwa. Hamba yang bertaqwa sentiasa peka dengan akal, hati dan tingkah-lakunya supaya tidak melanggar perkara-perkara yang membawa kepada murka Allah. Allah menjelaskan dalam ayatnya jika mereka beriman bermaksud Allah memberi pilihan sama ada untuk kufur (di dunia yang penuh dengan godaan) atau untuk kekal berpegang teguh pada iman. Maka berbahagialah mereka yang berpegang teguh pada iman kerana Allah dengan jelas dan terang menjamin bahawa ganjaran dari sisi Allah itu tidak terbanding dengan segala kemewahan dan kesenangan dunia. Ganjaran yang istimewa dari sisi Allah itu memang menjadi mainan di mulut manusia. Syurga Allah yang kekal abadi tetapi adakah manusia benar-benar mengetahui? Kita ambil contoh pemandu memandu kereta sangat laju, apabila ditegur sudah pasti dia tahu akan akibat buruknya tapi adakah dia benar-benar tahu? Dia akan tahu dengan sebenar-benar tahu apabila dia sendiri cedera parah dalam kemalangan jalan raya. Pada waktu itu baru mengeluh “Kalau lah aku tahu”, bukankah sudah diingatkan? Jadi manusia hendaklah mengambil perhatian atas peringatan ini.

Kemudian Allah teruskan dengan mengalih perhatian dari bercakap mengenai Bani Israel (ayat 103 dan sebelumnya) dengan bercakap terus kepada orang-orang beriman. Ini adalah signal supaya kita tidak mengulangi tabiat buruk Bani Israel. Allah memberi amaran kepada orang-orang beriman supaya jangan menggunakan perkataan Ra’ina tapi gantikan dengan Unzurna. Ra’ina digunakan apabila orang yang bercakap mahu para hadirin memberi perhatian. Apabila vokal huruf ya dipanjangkan ia bermaksud orang gaji atau orang yang diupah melakukan kerja pembersihan. Orang-orang Bani Isreal suka menggunakan perkataan ini untuk menghina/menyindir orang lain.

Jadi Allah mahu membuang terus tabiat menggunakan perkataan tersebut yang mempunyai dua maksud (satu maksud baik, satu maksud buruk) seperti contoh di atas. Tapi sebaliknya gunakanlah Unzurna yang membawa maksud yang sama untuk tujuan yang sama kerana ia selamat dari dipermain-mainkan perkataan itu.

Allah melarang kita dari bermain-main dengan perkataan. Allah melarang kita menggunakan perkataan yang boleh membawa kepada salah faham walaupun niat asalnya adalah untuk kebaikan. Allah mengingatkan bahawa orang beriman sepatutnya meninggalkan terus penggunaan perkataan seumpamanya dan pilihlah perkataan yang baik apabila berbicara. Kerana jelas bahawa setiap yang keluar dari mulut kita (atau yang tidak keluar dari mulut kita) menggambarkan apa yang ada dalam hati kita, baik atau buruk, bersih atau kotor, iman atau kufur. Sesungguhnya akhlaq adalah buah kepada iman.

Allah menutup ayat 104 dengan mengatakan manusia yang degil untuk menurut perintah ini adalah manusia yang kufur dan pasti azab Allah yang pedih sedia menunggu (semoga kita dilindungi darinya).

WaAllahu a’lam

January 11, 2011 Posted by | Akhlak, Tadabur, Tafsir, Tazkirah | Leave a comment

Keampunan dan Syurga

Assalamualaikum wbt,

pray harder (click untuk ke blog pemilik gambar)

Dan bersegeralah kamu mencari ampunan Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa,

yaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan,

dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu sedang mereka mengetahui.

Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.

Amat jelas sekali, ciri-ciri manusia yang telah Allah janjikan untuk mendapat keampunanNya dan syurga yang seluas langit dan bumi.

Senarai ini tidak lain dan tidak bukan ada Allah senaraikan dalam sebuah buku- Al-Quran ( Surah Ali-Imran 3:133-136 )

Marilah kita bersegera, berebut-rebut dengan orang-orang lain yang telah ramai dan dari dahulu lagi memulakan langkah menjadi salah seorang dari yang berikut:-

1) berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit

2) orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain

3) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya


Sungguh, kata-kata Allah itu benar, janji Allah itu benar. Apalagi yang benar melainkan Allah?

June 17, 2009 Posted by | Tadabur, Tafsir, Tazkirah | , , | Leave a comment

Petua Cemerlang

Assalamualaikum warahmatullah.

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi muslim student yang cemerlang di mana-mana sahaja anda belajar?

Apa kata kita renungkan kembali tips kejayaan yang telah Allah titipkan di permulaan surah Al Mukminun, surah yang ke 23 di dalam lembaran Al Quran:

1. Keyakinan, kepercayaan and having faith in Allah, His Mercy and His Help.

“Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman.” [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan attitude seterusnya yang bakal disebutkan dibawah.

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.

“iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [23:2]

Do one thing at a time. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Be passionate in it. Bukan sambil lewa.

3. Prioritise

“dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).” [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh pressure, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, movies, korean series, games, friendster dll sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti menyediakan makanan aka memasak (supaya tak makan maggie je selama 2minggu), membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum. However, the best thing to do during your break is to take wudhu’, solat hajat or recite Quran so that we will be closer to Allah, therefore our hearts will be at peace and calm state no matter how hard is the exam.

plus, do avoid complaining, whining, mengumpat lecturer dsbg kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah nauzubillah.

4. Care about each other

“dan orang-orang yang menunaikan zakat.” [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, be it knowledge, past year papers, or even just food. Sharing is caring.

5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

“dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan study berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tension je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah kan sentiasa ada, sentiasa melindungi, sentiasa menolong…jika kita mencari dan meminta padaNya.

6. Jujur, amanah

” dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.” [23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak sponsor dan dengan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan score well in our exam? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dgn Allah untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkanNya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu,pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana insyaAllah.

Please, no cheating in term of time, especially dalam dewan peperiksaan. Stop writing immediately when you are told to so. Instead, its time to say “Bismillahi tawakkaltu ‘ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil ‘azim.”

7. Punctual, particular

“dan orang-orang yang memelihara solatnya.” [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks muslim student’s life ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan, and to maintain keeping up with our effort continously, aka istiqamah.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk academic semata-mata. Highlight utama dalam ayat tersebut supaya kita sangat menjaga hubungan kita dengan Allah kerana kita akan kembali mengadapNya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah dan merebut peluang mewarisi syurgaNya.

” Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya.” [23:10,11]

Wallahu’alam.

Semoga berjaya dunia akhirat.

” ….Maka di antara manusia ada yang berdoa: ‘Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.’ Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat. ” [2:200]

“Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” [2:201]

“Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya.” [2:202]

**sharing daripada http://msmwestmidlands.wordpress.com/2008/05/13/80/

May 30, 2008 Posted by | Tadabur, Tazkirah | | 1 Comment

Tiada paksaan dalam Islam

لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ

بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِاسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لاَ

انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Firman Allah s.w.t, Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat Kuat yang tidak akan putus.

Dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 256)

al-quran

Al-Maghari berkata: “Kalam sebelum ini berkenaan dengan taqrir usuluddin daripada tauhid kepada Allah dan mensucikannya serta sifat keesaan-Nya berkenaan dengan kerajaan dan pemerintahan di langit dan bumi. Juga penerangan bahawa ilmu-Nya merangkumi setiap sesuatu”.

Firman Allah s.w.t, Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam). Sayyid Qutub berkata: Dalam dasar ini ternyata bagaimana Allah memuliakan manusia dan menghormati kemahuannya, fikirannya dan perasaannya. Allah menyerahkan kepada mereka kebebasan membuat keputusan terhadap perkara akidah yang menentukan hidayat dan kesesatan dan menyerahkan kepadanya tanggungjawab amalan-amalannya dan hisab dirinya. Continue reading

March 14, 2008 Posted by | Tadabur, Tafsir, Tazkirah | , | Leave a comment

Surah az-Zumar : 53-59 – Taubat

Taubat

Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang telah bertindak melampaui batas terhadap diri mereka sendiri. Janganlah kamu berputus harapan dari rahmat Allah . Sesungguhnya Allah bersedia mengampunkan semua dosa. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih.”

(az-Zumar : 53)

Itulah rahmat Allah (SWT)yang dapat menampung semua maksiat walau bagaimana besar sekalipun. Itulah seruan Allah (SWT)mengajak manusia kembali padaNya, iaitu mengajak orang yang melakukan maksiat yang melampaui batas, liar dan meredah begitu jauh di belantara kesesatan kepada harapan dan kepercayaan untuk mendapat keampunan dari Allah (SWT)kerana Continue reading

March 4, 2008 Posted by | Tadabur, Tafsir, Tazkirah | , | 1 Comment