NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Terkenang Kisah Silamku

Salam Alaikum…

Malam tadi sebelum melelapkan mata, aku terkenang saat-saat hidup di Moscow sebelum aku kenal erti islam. Sebelum wujudnya secebis usaha ini. Sebelum aku tahu bahawa al-Quran adalah buku panduan buat makhluk yang bergelar insan.

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa (Al-Baqarah ; 2)

Hidup aku tidak ubah seperti sebuah robot. Aku bangun tidur, bersiap ke akademi, ke kuliah dan sebagainya. Di sana aku belajar, memenuhi akal dengan ilmu-ilmu perubatan yang kononnya bakal menjanjikan kehidupan yang mewah, senang dan bahagia 6 tahun kelak. Kadang kala aku berseronok, bergembira, gelak tawa tanpa tujuan. Kononnya untuk menghilangkan tekanan selepas menelaah pelajaran.

Apabila tiba masa untuk menjawab ujian, malam itu aku akan bertungkus-lumus. Bersengkang mata di bawah sinaran lampu kuning, bersama segelas kopi sebagai bantuan untuk bertahan dengan lebih lama. Selepas menjawab, markah tidak memuaskan. Aarrgh!! Tekanan kepada jiwa aku. Apabila tertekan, hati ini mula mencari perkara-perkara yang mampu menghilangkan tekanan. Apa yang aku temui? Hiburan jahiliyyah, yang ketika itu ibarat pakaian buatku, jika tidak ku sarungkan, tidak lengkap kehidupan seharian.

Setiap kali terkenang, aku malu sendiri. Malu dengan Si Pencipta yang telah memberikan panduan buatku tentang apa tujuan hidup ini sebenarnya. Cuma hati ini yang degil, tidak mahu membuka dan melihat apa yang ada di dalamnya. Hati ini sering rasa kehidupan dunia ini segala-galanya. Mencintai segala isi-isinya seakan-akan tiada kehidupan selepas ini, walaupun sering mulut ini membacakan Kalamullah, yang mengingatkan tentang kewujudan akhirat.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) (Al-Fatihah ; 5 )

tears

Terbukti, Al-Fatihah selama ini dari akal dibawa ke mulut. Mulut melafazkan tanpa singgah di hati, kerana di hati wujudnya tembok besar kejahilan yang kukuh, teguh dan utuh. Mujur, sedikit demi sedikit tembok ini mula roboh. Alhamdulillah…ini semua ketentuanMu Ya Allah.

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman   (Al-An’am ; 125)

Sentiasa aku berdoa kepada Allah, agar aku  terus kekal di jalan ini. Agar aku terus kuat menentang tarikan-tarikan futur. Agar aku mampu mengatakan tidak kepada mereka yang mengajak ke jalan syaitan, musuh yang nyata. InsyaAllah…

sumber: Mencari Cahaya Hati

Advertisements

May 24, 2009 Posted by | Cerpen, Tazkirah | , , | 2 Comments

Bila Tuhan Katakan Jadi

Wahai jasad yang lembut jiwanya

kau secanting hajat di hati bonda

penggalas doa garapan ayahanda

moga menjadi yang tangkas akalnya

memekar hati bertuankan Tuhan

memutik diri berperikan iman.

Bila Tuhan katakan jadi

kau senyum persis bidadari.

Bidadari resminya tidak mengguruh

sungguhpun dunia menyalak lagu-lagu neraka.

Kau memilih jalan payah

membutuh kasih akhirat

hiba menadah tangan

menolak jelaga-jelaga ria

mendepang mencari syurga

dalam debu dunia berkusta.

lady_muslimah

Continue reading

April 13, 2009 Posted by | Cerpen, Puisi | Leave a comment

Kita dan hooligans

Ilmu itu dari mana-mana. Ia boleh datang melalui buku yang kita baca, melalui pengalaman hidup, atau melalui apa yang kita lihat. Kesimpulannya ilmu boleh datang dalam pelbagai jenis bentuk dan dari pelbagai jenis sumber. Ilmu yang berguna sememangnya ilmu yang dapat menambahkan keimanan dan ketakwaaan kita kepada Allah dan ilmu itu dapat membawa kita kepada mengingatiNya.

Hari ni aku rasa aku telah mendapat satu lagi ilmu baru- mengenal gaya hidup orang- dijalanan, the hooligans.

Aku tidak keluar untuk menemu ramah mereka tapi aku belajar tentang erti kehidupan mereka melaui filem- Green Street Hooligans. Filem ini mengisahkan remaja- remaja hooligan yang sangat fanatik dengan pasukan bola sepak. Mereka hidup dalam satu geng (kumpulan) dan ahli-ahlinya selalunya terdiri daripada anak- anak remaja belasan tahun. Mereka sering berkumpul di bar bersama clique mereka, minum-minum, berjudi dan berseronok. Jika ada sebarang pertandingan bola sepak, mereka akan berkumpul ramai-ramai dibar, bersorak dan menyanyikan lagu menyokong pasukan bola sepak itu dengan semangatnya sebelum bergerak bersama-sama ke stadium untuk memberi sokongan padu pada pasukan bola sepak kegemaran mereka.

Penyokong bola sepak berbalah antara satu sama lain adalah perkara biasa di Eropah. Continue reading

March 31, 2009 Posted by | Akhlak, Cerpen | 1 Comment

Nenek

Aku tidak ingat mengapa aku begitu tergesa-gesa tapi yang pasti hari nie aku rasa perjalananku dilambatkan oleh seorang nenek tua yg berumur dalam linkungan 60-70 tahun, yang berhati-hati mengatur langkah demi langkah dihadapan aku.. Dia seolah tidak kesah dengan keadaan metro yang sesak dengan orang pada ketika itu (time balik kerja). Apa yang aku perhatikan dia rapi mengatur langkah perjalanannya. Ketidaksabaran aku menyebabkan aku bersoal jawab dengan diriku sendiri, ‘lambatla makcik nie jalan, orang nak cepat nie!’

Kadangkala aku sering merungut dengan orang yang berjalan lambat, melenggang-lenggang macam itik pulang petang. Diorang tak tahu ker masa tu berharga?! Nak saja aku menyelit di antara ribuan manusia yang ada dekat situ, tapi orang kat metro nie memang ramai. Mungkin kerana aku dah boleh adapt dengan kehidupan orang Rusia yang berjalan pantas semasa di metro, jadi bila ada yang melambatkan perjalanan aku, aku jadi tak sabar.

Finally, ada ruang yang membolehkan aku menyelit. Aku memintas nenek itu dan berjaya keluar dari kawasan metro yang sesak dengan manusia. Ke hulu ke hilir mereka bergerak, tapi kemanakah destinasi mereka?

Sambil menunggu bas, aku ternampak kelibat nenek yang berjalan perlahan di hadapanku tadi. Dia baru saja keluar dari mulut metro selepas 4-5 minit aku terpacak menuggu bas di situ. Aku perhatikan nenek itu. Terpancar keazaman dan kesungguhannya dalam mengatur langkah kakinya. Dia penuh berhati-hati. Tiba-tiba terbit penyesalan dalam diri aku.’ Kasihan nenek tu.. susah nampaknya dia nak berjalan, patutla lambat dia jalan..’ Aku rasa bersalah sebab aku tidak sabar-sabar tadi. Bukan salah dia berjalan perlahan, sebab dia mungkin dah tua dan tak larat. Tak mampu nak berjalan pantas macam orang lain. Itu pun bagus dia masih boleh berjalan sendiri, tak perlu dipimpin oleh orang lain kalau nak berjalan. Hati aku terdetik, Continue reading

March 5, 2009 Posted by | Cerpen, Tazkirah | | Leave a comment

More than words…

“Tidak adakah rasa kesal dalam hatimu??!!”

Astaghfirullahalazim..aku beristighfar panjang..Suara itu sungguh jelas, cukup jelas untuk membangunkanku dari tidur yang kian hari kurang lena.. Ku kesat peluh didahi.. Panas.. Malam yang panas, sepanas siang dengan terik sinar matahari.. Tambah panas dengan suara-suara bisikan yang kerap hadir di minda.. Membangunkan ku ketika lena, menyentakku ketika jaga..

Aku bingkas bangun.. segelas air dituang, niatnya mahu menghilangkan dahaga.. Tapi, dahagakah aku? Atau sengaja ingin menafikan apa yang sebenarnya terbuku dihatiku.. Sekian lama peristiwa tersebut.. kini genap setahun sudah berlalu.. Aku melabuhkan punggung di kerusi.. Entah apa yang bermain di fikiran ku, hanya Tuhan yang tahu.. Kepalaku ligat berfikir,mengingati kembali fasa-fasa hidupku yang berlaku pada hari-hari yang sama dengan waktu kini.. Cuma bezanya, tahun..

Mataku tajam merenung sekeping kertas kecil terselit di bawah tafsir al-Quran diatas meja.. Ia sekeping tiket.. tiket yang akan membawaku ke sebuah majlis makan malam tahunan.. Entah mengapa, acara tahunan yang begitu dinantikan oleh kebanyakan pelajar, bagai tidak menarik seleraku.. bukan sahaja tidak menarik selera, bahkan menimbulkan pula rasa yang bercampur-baur.. risau, takut, gementar, cuak.. Mataku masih merenung tepat tiket itu.. ingin ku capai.. tapi bagai dihalang naskhah tafsir al-Quran.. Lantas minda ku mula mengingati dgn terperinci peristiwa yang berlaku hampir setahun lepas..

“Dani..oi Mat Dani..Meh sini jap..Ko join kitorg arrange bahagian performance mase dinner nanti ok x? Alaa.. kerja simple je.. kita pilih orang untuk perform, lepastu bagi briefing sikit.. haa lebih kurang macam tula..” Aku berfikir sejenak.. “Ooo..Layan ajela.. aku orait je” Lantas persetujuan ku beri tanpa berfikir panjang.. bukan tidak mahu berfikir tentang baik buruknya.. Cuma memang hatiku tidak terbuka untuk memikirkannya.. bagi ku ia hanyalah satu tugas…..

“Kau bertugas untuk siapa??!! Continue reading

March 4, 2009 Posted by | Cerpen | Leave a comment