NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Pemikiran kau diserang mereka


Anak mudaku,
Apakah yang kau lakukan itu?
Kenapa kau masih di situ,
kaku,
tidak bergerak,
apa yang berlaku di luar sana,
kau tidak pernah mahu ambil tahu.

Sedarkah kau?
Orang-orang barat sentiasa menjalankan serangannya ke atas kau?
Bukan serangan kereta kebal mahupun bom dari jet pejuang yang hebat-hebat,
Tapi serangan ini adalah serangan pemikiran,
Mereka menyerang pemikiran kau,
Pemikiran kau habis dirosakkan barat,
Namun kau tidak sedar!
Kau terus dibelenggu keseronokan.

Video games terkini,
Teknologi komunikasi terkini,
Rancangan-rancangan realiti,
Drama bersiri,
Inilah senjata mereka!

Dengan senjata-senjata ini,
Mereka telah berjaya!
Ya, mereka telah berjaya.

Kau masih tidak sedar?
Mereka berjaya membuatkan kau menyembah senjata mereka,
Mereka berjaya membuatkan kau membuang masa,
Disibukkan dengan senjata mereka,
Kau jadi lupa,
Lupa pada Maha Pencipta,
Lupa kepada tujuan sebenar kau diciptakan olehNya,
Menjadi khlifah di bumi ini,
Mengabdikan diri hanya kepada Allah yang Esa.

Oh pemudaku,
Kau masih tidak mahu sedar?
Kau terus membatu,
Tidak mahu ambil tahu.

Oh pemudaku,
Ayuh!
Bangkit dari lenamu,
bukalah matamu!

November 19, 2009 - Posted by | Akhlak, Puisi, Tazkirah, Video | , ,

2 Comments »

  1. post yang bagus

    Comment by umar | November 30, 2009 | Reply

  2. kita sadar,tapi kalaupun kita menggunakan teknologi itu tidak salah karena semua manusia punya pilihan.sebelum melihat orng oran luar mari kita lihat kedalam.mengapa selama ini islam pecah menjadi beberapa golongan mengapa kita tidak bersatu demi kebenaran dan kedamaian.kita tidak akan berperang kalau kita tidak diancam.tapi adakah yang sadar sebenarnya subtansi dari semua permasalahan ini apa?itulah yang perlu ditanyakan.kita perang pemikiran.jadi hati hati yg perlu kita asah adalah intelektual kita demi suatu kedamaian.dan ini bukan karena menang kalah tapi karena sebuah kemenangan besar untuk sebuah kebenaran.amien

    Comment by luriri randika ranmos | May 4, 2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: