NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Temu-duga


Siapa pernah menghadiri temuduga? Siapa yang suka ditemuduga?..tetibe ingatan lampau zaman sekolah melintas kembali ke benak fikiranku. Aku ingat lagi semasa di zaman sekolah dulu, zaman lepas SPM. Ramai yang akan menghadiri interview untuk tawaran scholarship, maka sibuklah mereka menyiapkan diri, increasing their knowledge with current issues, baca suratkhabar, beli majalah-majalah ilmiah semata-mata nak ambil tahu ape pekembangan semasa, apa crisis dunia, what’s the latest event, sebabnya takut-takut soalan temuduga adalah berkaitan dengan isu tersebut. Ada juga kawan-kawan yang tekun berlatih speaking sorang-sorang, ada yang sibuk membina confidence dalam diri, ada juga yang concern habis fikir nak pakai baju apa masa pergi temuduga nanti..what an effort!

Semuanya demi temuduga. Naper beriya sangat kita yer? Sebabnya mudah, kita nak impress si penemuduga, dan sebab kita nak menjadi antara yang terpilih untuk dapat scholarship tu..tak kesahlah sama ada tajaan MARA, JPA, PETRONAS dan sebagainya. Sudah tentu kita nak buat yang terbaik, give the best of what we have, kerana yang datang interview bukan sikit tapi ramai sangat. Peluang yang dikhaskan pulak tak banyak. Maka kita kena compete habis-habisan, cuba ambil hati penemuduga dengan pelbagai idea dan jawapan yang creative dan inovatif. Suasana semasa hari temuduga sangat pelbagai dan mendebarkan. Ada yang berpakaian cantik, tampak elegant, kalah datin dan tan sri. Ada yang nampak tenang dan yang masih belum fasih berbahasa Inggeris, masa tulah akan practice speaking sakan..

bad clothes interview comic

Begitulah sebahagian dari kenangan lampau yang rasanya ramai orang pernah lalui. Ada yang pernah melalaui 2-3 kali temuduga, maklumlah dapat banyak sangat tawaran. Tapi itu semua hanyalah temuduga di dunia. Temuduga yang mana kalau kita gagal, kita masih berpeluang untuk kali keduanya. Kita boleh apply peluang lain dan cuba lagi. Tapi bagaimana jika temuduga itu adalah temuduga kita yang terakhir di akhirat nanti? Yang mana penemuduganya adalah Allah Yang Maha Agung dan adakah kita masih berpeluang untuk yang kedua kalinya jika kita gagal temuduga yang akhir ini?

Di akhirat nanti kita akan diinterview oleh Allah secara eye-to-eye, segala amalan kita akan dihisab dan dihitung satu demi satu.

 

dan apabila lembaran-lembaran (catatan amal) telah dibuka lebar-lebar’ (81:10)

 

Everything will be revealed. Segala amalan kita baik yang buruk atau yang batil, baik besar atau kecik, segalanya tercatat kemas dalam buku amalan kita yang kadangkala kita mungkin terlupa bahawa kita sering membawanya setiap masa dan ketika. Hisab pada masa itu adalah sendiri-sendiri dan Allah datangkan siap dengan saksi-saksi berbentuk anggota badan kita sendiri. Hari itu lebih tepat kalau disebut sebagai hari pengadilan dan hari penghakiman.

Persoalannya, apakah persiapan kita untuk hari pengadilan itu? Lots of efforts yang telah kita letakkan untuk interview yang menjanjikan peluang scholarship atau peluang kerja, tapi bagaimana pula dengan persiapan kita untuk hari yang jauh lebih besar dan penting, where we are facing Him alone?

Setiap kali nak hadiri temuduga, kita akan pastikan yang kita ikut protocol dan criteria yang tertentu. Contohnya mesti berpakain kemas, baju kemeja berseterika rapi, tali leher yang sepadan warna dengan baju. Manakala bagi wanita pula tudung atau selendang yang sepadan dengan baju, tas tangan, malah berkasut tinggi yang semuanya secocok dan sepadan. Pendek kata memang pada hari itu kita akan kelihatn sangat kemas, menarik dan presentable sebab kita mahu memberi penampilan yang terbaik kepada si penemuduga. The first impression matters. Kita tahu peluang untuk mendapat tawaran itu tipis jika kita pergi interveiew dengan kadar berseluar jeans yang mungkin sedikit berambu di bahagian hujung lipatannya, bersinglet pagoda dan berselipar jepun. Silap-silap memang confirm tak dapat!

Begitulah juga kita di akhirat nanti. Kehidupan kita didunia ini adalah kadar waktu yang Allah berikan pada kita untuk mempersiapkan diri kita untuk bertemu denganNya  nanti. Analoginya, ibarat Allah beri kita masa untuk mencari baju yang terbaik untuk kita pakai disana, tali leher yang bagaimana, selendang atau kasut yang mana yang sepadan, so that u look presentable in front of Him. Segala amalan yang kita buat di dunia ini semata-mata untuk mengharapkan keredhaan dan keberkatan dariNya. We just want to impress Him. Kita hanya harapkan kasih dan sayang Allah kepada kita. Kita hanya mahu Dia sentisa satisfy dengan kerja buat kita kerana kita mahu menjadi hamba yang dekat padanya dan sentiasa mendapat pertolongan dan bantuan dariNya. Kita mahu selamat di akhirat nanti tatkala berlansungnya hari penghisaban one-to-one. Sebagaimana kita sangat berharap untuk lulus interview dan ditawarkan schlorship atau kerja atau sebagaimana kita harap untuk mendapat 5 setiapkali habis oral sewaktu colloq, begitulah juga di akhirat nanti di mana kita sangat-sangat berharap untuk diterima masuk ke syurga yang kekal abadi. Tapi tiket untuk masuk ke syurga bukanlah semudah yang dijangka. If we can study really hard for just a small colloq, why not apply the same effort or even more for a better investment for the akhirat?

‘wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah berkerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya’ (84:6)

November 13, 2009 - Posted by | Akhlak, Tazkirah | ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: