NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Exam- now or later


exam hall (gambar hiasan)

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu; oleh semua student dah makin hampir. Exam makin dekat. Semua orang sekarang sedang sibuk, bertungkus lumus belajar. Ada yang sampai tak tido malam, stay up sampai pagi. Semuanya semata-mata sebab nak lulus exam dengan cemerlang. Nak dapat ‘pyat’. Jadi usaha mesti tip top. Makin dekat dengan tarikh exam hati makin berdebar. ‘Eh aku banyak topic lagi tak cover ni. Macam mane ni? Nanti kalau aku tak dapat jawab’. ‘ Kalau aku dapat cikgu ni mati la aku. Dia dah la suka tanya soalan pelik-pelik. Tak dapat jawab kang silap-silap dia bagi 3 je. Ish kusut2’. Hmm…macam-macam keluhan yang dapat kita dengar saat-saat akhir nak exam ni. Setiap orang cuba memberikan usaha semaksima mungkin untuk memastikan kejayaan masing-masing. Yang ada variant, study variant betul-betul, ada yang buat study group sepanjang hari, yang kurang faham bertanya pada yang lebih faham. Macam-macam usaha yang kita buat.untuk mencapai matlamat kita yang satu- lulus exam.

Alangkah bestnya kalau kita juga meletakkan usaha yang seperti itu untuk menghadapi hari peperiksaan yang jauh lebih penting dari peperiksaan yang akan kita hadapi nanti. Sedarkah kita yang setiap seorang dari kita bakal menghadapi satu hari peperiksaan yang sangat besar yang mana pada hari itu tiada seorang pun yang dapat menolong kita, tiada lagi teman-teman yang selama ini membantu kita. Pada hari itu semua orang akan jadi sangat ‘selfish’. Kau-kau, aku-aku. Tiada lagi ‘sharing-sharing’. Pada hari itu kita hanya ada diri kita, segala-galanya bergantung kepada kita. Jika baik ‘preparation’ kita maka keputusan yang baik akan kita dapat pada hari itu, tapi kalau preparation’ kita sekadar cincai2 maka pada hari itu kita berhadapan akibat yang sangat buruk. Hari ape tu ye? Rasanya semua orang tahu jawapannya-hari akhirat, hari di mana setiap perbuatan kita di dunia ini diadili oleh Dia Yang Maha Adil. Saat itu tiada lagi alasan yang boleh kita buat untuk lepas dari akibat perbuatan kita. Semuanya-dari sekecil-kecil zarah sampai sebesarbesar perbuatan akan diambil kira.

Namun kebanyakan dari kita kurang mengambil peduli tentang hari yang sangat penting ini. Sebab? Saat berlakunya hari itu tidak diketahui sehingga kita selalu terlupa tentangnya. Ramai antara kita yang tak ambil kisah tentang persediaan untuk menghadapinya. Usaha yang diletakkan tidak semaksima usaha yang diberikan untuk menghadapi ujian-ujian dan ‘exam’ di dunia sedangkan Allah swt telah menyediakan segala-galanya untuk kita bersedia terhadap hari itu. Yang tinggal hanyalah kesediaan kita untuk menggerakkan hati dan anggota badan atau dengan kata lain-berusaha. Memetik kata-kata seorang rakan… variant dah ada, jawapan pun dah ada, semua soalan dah bocor, apa lagi yang tidak cukup sehingga kita masih belum mahu bergerak untuk berusaha ke arahnya.

Allah swt menyembunyikan saat berlakunya hari itu supaya kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya, sebagai ujian kepada kita hambaNya, kerana Dia mahu melihat siapa antara kita yang paling baik usahanya. Bak kata seorang teman, ‘trully the thrill lies in the process’. Allah mahu melihat usaha kita, bagaimana kita berusaha ke arah hari itu yang belum tentu bila terjadinya itu. Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal terhadap semua hamba-hambaNya. Sedikit usaha kita, sedikitlah ganjarannya, banyak usaha kita banyaklah ganjarannya. Dan ganjaran yang diberikan pula bukanlah calang-calang ganjaran-kehidupan yang abadi di syurga atau azab yang amat pedih di neraka andai kita tidak mengendahkan hari itu. Semuanya terserah kepada kita. Allah telah memberikan kita panduan peperiksaan:-menyediakan al-Quran dan para rasul untuk dijadikan rujukan oleh kita dalam bersiap sedia ke arah hari yang memang pasti akan terjadinya, yang tidak akan ditangguh-tangguh walau sesaat, yang akan tetap terjadi apabila tiba saatnya mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pemilikNya.

Ayuh kita bersama-sama memberikan usaha yang semaksima mungkin yang termampu oleh kita sebagaimana kita memaksimakan usaha kita di musim-musim peperiksaan. Malah usaha itu sepatutnya jauh lebih banyak supaya setimpal dengan ganjaran yang dijanjikan oleh Dia yang Maha menepati janji. Ayuh bersama memulakan langkah pertama atau langkah-langkah yang seterusnya untuk bersedia menghadapi hari ujian yang paling besar dalam kehidupan setiap manusia, hari yang mungkin tiba pada bila-bila masa sahaja, hari ini, esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan atau bila-bila sahaja yang diingini oleh Dia yang memiliki hari itu.

Jangan kita menyesal nanti apabila saat itu menjelma sedangkan kita masih terleka, hanyut dalam keseronokan hidup di dunia, masih terkapai-kapai tanpa persediaan yang secukupnya. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan andai nanti hari itu tiba tetapi kita masih merangkak2 mahu memulakan langkah pertama atau lebih parah tiada langsung persediaan untuknya. Alangkah ruginya kita andai kesudahan kita adalah kesudahan yang buruk sedangkan Pencipta kita telah menyediakan segala-galanya, menunjukkan cara-cara yang sepatutnya serta memberikan masa yang secukupnya buat kita supaya kita-hambaNya bersedia terhadap hari ujian yang besar itu.

“ Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah Sungguh Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan ” [Al-Hasyr 59: 18]

Mahukan result yang terbaik? Maka letakkanlah usaha yang terbaik..Jangan mengharapkan yang terbaik dariNya andai kita sendiri tidak mahu memberikan yang terbaik buatNya..

May 30, 2009 - Posted by | Tazkirah | , ,

2 Comments »

  1. selalunya kita terlupa tentang hari akhirat sebab akhirat itu rasa macam jauh sedang dunia itu di depan mata..kena usaha untuk akhirat jugak.gambate!

    Comment by pembaca | May 30, 2009 | Reply

  2. salam,,
    betul2,,xm akhirat is d most important,,we cannot repeat it,,
    huhu,,once in a life,,,bukan melibatkan gagal or lulus jerr,,thats it,,tapi melibatkan heaven or hell,,huhu,,our eternal life,,and good ending for those who taqwa//

    Comment by teko.. | May 30, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: