NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Selamat Hari Lahir


Tulisan ini sekadar sedikit peringatan yang ingin aku kongsi bersama. Hmm..bulan lepas ramai betul kawan2 aku sambut birthday, dari awal bulan sampai la akhir bulan..Sambutan hari lahir..buat aku berfikir sejenak..kenapa semua orang, tak kira kecil atau besar, tua atau muda semuanya happy sangat2 bila tibanya tarikh birthday mereka? (aku bukan anti dengan sambutan ni, aku pun sambut jgk. Cuma kali ni aku terfikir tentang beberapa perkara).

cakes

Tak dapat dinafikan ramai org tertunggu2 ‘tarikh keramat’ mereka. Ada yang siap ingatkan kawan2 in advance lagi. ‘jgn lupe birthday aku next week tau’. Seronok..memang seronok bila sambut birthday, dapat makan kek, ada majlis makan2, dapat hadiah lagi, sape yg tak seronok? Mane ade org yang nak bagi hadiah kat kita kalau bukan on our birthday kan? Maka on that day, bertambah la koleksi2 yang sedia ada. Yang dapat baju tambah koleksi baju, yang dapat beg tambah lagi beg walaupun beg yang ada tu belum diguna2 lagi. Yang suka bear dapat tambah koleksi bear, yang suka bunga maka bertambahlah bilangan bunga2 kering yang tergantung dalam bilik..sayang nak buang.

birthday presents-dreams-resized

Tetapi dalam kita bergembira menyambut event yang hanya sekali setahun dalam hidup kita ni, pernahkah sekali kita mengucapkan syukur kepada Dia yang memberi pinjam nyawa yang ada dalam diri kita? Pernahkah sekali kita mengucapkan ‘alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana telah memberi peluang pada aku untuk melalui hidup pada umurku yang ke… dengan baik. Semoga iman dan amalku akan terus bertambah dalam umurku yang ke…ini’. Pernahkah? Jarang sangat kan? Atau maybe tak pernah sekali pun kan?

Kita hari ini merasa terlalu selesa dengan hidup hingga tak pernah terlintas pun dalam hati yang Dia yang punya nyawa ini mampu menarik balik nikmat itu pada bila2 masa saje. Ramai yang terlupa sebenarnya dengan bertambahnya usia kita maka semakin kuranglah umur kita di dunia ini. Setiap tahun, malah setiap saat semakin dekat kita kepada kematian. Kita terlupa dengan sibuknya kita mengejar dunia. Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi saat datangnya Izrail kepada kita?

Pernahkah kita terfikir banyak manakah umur yang kita gunakan untuk melaksanakan segala perintahnya dan banyak mana pula yang telah kita gunakan ke arah kemaksiatan dan dosa?

Alangkah ruginya kita andai tahun ini merupakan saat yang terakhir untuk kita menyambut hari lahir kita tapi dek kerana tidak ada perasaan ‘aku boleh mati bila2 je’, maka kita menpersia-siakan masa yang ada.

kematian21

Alangkah ruginya kita jika kita tidak menggunakan peluang terakhir yang Allah kurniakan itu untuk meningkatkan iman dan amal. Sungguh teramat rugilah kita andai kita sering menangguh-nangguhkan untuk melakukan kebaikan hingga akhirnya peluang itu tertutup selama-lamanya.

Aku juga mahu mengingatkan diri aku ‘wahai diri ingatlah masamu di dunia ini semakin singkat, gunakanlah masa yang ada ini untuk mendekatkan diri kepadaNya dan melaksanakan segala amanah yang telah dibebankan di bahumu. Jgnlah engkau jadi seperti orang yang Allah describe dlm Quran

‘sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit & gunung2 tetapi semuanya enggan untuk memikul amanah itu & mereka khuatir tidak dapat melaksanakannya lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. Sungguh manusia itu sangat zalim & sangat bodoh’ (33:72)

Allah kata manusia itu zalim dan bodoh. Kenapa? Sebab setelah manusia itu menerima amanah dariNya, lalu Dia mengurniakan pula kepada kita akal dan segala nikmat yg lain, tapi kita pula leka dan alpa sehingga mengabaikan amanah itu. Aku tidak mahu jadi manusia yang zalim dan bodoh itu. Mahukah kalian?

Ayuh kawan2 mari kita sama2 berusaha semoga hidup kita pada umur yang baru jauh lebih baik dari umur yang sebelum ini. Didiklah diri kita untuk merasa betapa dekatnya kematian itu dengan kita. Paksalah diri kita untuk melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Pujuklah diri kita supaya mencintai tuan punya segala cinta melebihi segala-galanya. Semoga kita dapat kembali kepada Pencipta kita dalam redhaNya.

Daripada Ibnu Umar r.a.: Pada suatu hari aku datang menjumpai Rasulullah s.a.w., dan ketika itu beliau sedang berada di tengah-tengah Sahabat-sahabatnya yang terkemuka. Tiba-tiba salah seorang Sahabat dari Ansar berdiri dan bertanya kepada beliau: “Ya Nabi Allah, siapakah manusia yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas otaknya?” Rasuluilah s.a.w. lalu menjawab: “Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati, dan yang paling banyak menyediakan bekal untuk menghadapi mati. Mereka itulah sebenarnya orang-orang yang pintar sekali. Mereka telah membolot kemuliaan dunia serta ketinggian darjat di akhirat.” (Riwayat at-Tabarani)

Setakat ini sahaja dari aku untuk renungan sahabat2 sekalian..

May 12, 2009 - Posted by | Tazkirah | , , ,

3 Comments »

  1. […] Tazkirah penting sempena Hari Jadi. Bukan ditaja oleh mana-mana pertubuhan. Possibly related posts: (automatically generated)Perhambaan   Comments (0) […]

    Pingback by Hari Lahir pada 15 Mei « Blog Hazreen | May 14, 2009 | Reply

  2. […] Many of my friends including me in celebrated my birthday in this month ( May 11th, my birthday ), Alhamdulillah i’m still alive. This morning i received a message from IMAM RSC MOSCOW due to inform the new post in its blog, NowWhyTwo Moscow, it is “Selamat Hari Lahir”. […]

    Pingback by Birthday = Thinking Of Death ? « Al-Thareeq | May 30, 2009 | Reply

  3. […] Dlm fikiran ini, sering mengingati ber-ulang2 kali entry y pernah di-post kalau tidak silap pd tahun 2009 pd tarikh kelahiran-ku (11 Mei) iaitu : Today is my Birthday but Am I Close to Death? ; bukan kerana pd tarikh itu y ke-biasaan-nya men-jadi kegembiraan org ramai menyambut-nya tetapi, ketika itu aku di hadiri oleh satu article y sgt mengubah presepsi-ku setiap kali tiba-nya 11 Mei (Subhanallah! masih wujud lagi article tuh!) […]

    Pingback by ♥Peringatan Yang Terbaik Untuk Hari Yang Sentiasa Di Peringati♥ « Al-Thareeq | May 12, 2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: