NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Всемирный День Без Табака

wntd09_poster_teeth_en

Jangan hanya KATAKAN,

Tapi BUKTIKAN,

“TAK NAK”

Sumber: WHO

May 31, 2009 Posted by | Akhlak, Berita, Foto, Ibadah, Perubatan | , , , | 2 Comments

Exam- now or later

exam hall (gambar hiasan)

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu; oleh semua student dah makin hampir. Exam makin dekat. Semua orang sekarang sedang sibuk, bertungkus lumus belajar. Ada yang sampai tak tido malam, stay up sampai pagi. Semuanya semata-mata sebab nak lulus exam dengan cemerlang. Nak dapat ‘pyat’. Jadi usaha mesti tip top. Makin dekat dengan tarikh exam hati makin berdebar. ‘Eh aku banyak topic lagi tak cover ni. Macam mane ni? Nanti kalau aku tak dapat jawab’. ‘ Kalau aku dapat cikgu ni mati la aku. Dia dah la suka tanya soalan pelik-pelik. Tak dapat jawab kang silap-silap dia bagi 3 je. Ish kusut2’. Hmm…macam-macam keluhan yang dapat kita dengar saat-saat akhir nak exam ni. Setiap orang cuba memberikan usaha semaksima mungkin untuk memastikan kejayaan masing-masing. Yang ada variant, study variant betul-betul, ada yang buat study group sepanjang hari, yang kurang faham bertanya pada yang lebih faham. Macam-macam usaha yang kita buat.untuk mencapai matlamat kita yang satu- lulus exam.

Alangkah bestnya kalau kita juga meletakkan usaha yang seperti itu untuk menghadapi hari peperiksaan yang jauh lebih penting dari peperiksaan yang akan kita hadapi nanti. Sedarkah kita yang setiap seorang dari kita bakal menghadapi satu hari peperiksaan yang sangat besar yang mana pada hari itu tiada seorang pun yang dapat menolong kita, tiada lagi teman-teman yang selama ini membantu kita. Pada hari itu semua orang akan jadi sangat ‘selfish’. Kau-kau, aku-aku. Tiada lagi ‘sharing-sharing’. Pada hari itu kita hanya ada diri kita, segala-galanya bergantung kepada kita. Jika baik ‘preparation’ kita maka keputusan yang baik akan kita dapat pada hari itu, tapi kalau preparation’ kita sekadar cincai2 maka pada hari itu kita berhadapan akibat yang sangat buruk. Hari ape tu ye? Rasanya semua orang tahu jawapannya-hari akhirat, hari di mana setiap perbuatan kita di dunia ini diadili oleh Dia Yang Maha Adil. Saat itu tiada lagi alasan yang boleh kita buat untuk lepas dari akibat perbuatan kita. Semuanya-dari sekecil-kecil zarah sampai sebesarbesar perbuatan akan diambil kira.

Namun kebanyakan dari kita kurang mengambil peduli tentang hari yang sangat penting ini. Sebab? Saat berlakunya hari itu tidak diketahui sehingga kita selalu terlupa tentangnya. Ramai antara kita yang tak ambil kisah tentang persediaan untuk menghadapinya. Usaha yang diletakkan tidak semaksima usaha yang diberikan untuk menghadapi ujian-ujian dan ‘exam’ di dunia sedangkan Allah swt telah menyediakan segala-galanya untuk kita bersedia terhadap hari itu. Yang tinggal hanyalah kesediaan kita untuk menggerakkan hati dan anggota badan atau dengan kata lain-berusaha. Memetik kata-kata seorang rakan… Continue reading

May 30, 2009 Posted by | Tazkirah | , , | 2 Comments

Terkenang Kisah Silamku

Salam Alaikum…

Malam tadi sebelum melelapkan mata, aku terkenang saat-saat hidup di Moscow sebelum aku kenal erti islam. Sebelum wujudnya secebis usaha ini. Sebelum aku tahu bahawa al-Quran adalah buku panduan buat makhluk yang bergelar insan.

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa (Al-Baqarah ; 2)

Hidup aku tidak ubah seperti sebuah robot. Aku bangun tidur, bersiap ke akademi, ke kuliah dan sebagainya. Di sana aku belajar, memenuhi akal dengan ilmu-ilmu perubatan yang kononnya bakal menjanjikan kehidupan yang mewah, senang dan bahagia 6 tahun kelak. Kadang kala aku berseronok, bergembira, gelak tawa tanpa tujuan. Kononnya untuk menghilangkan tekanan selepas menelaah pelajaran.

Apabila tiba masa untuk menjawab ujian, malam itu aku akan bertungkus-lumus. Bersengkang mata di bawah sinaran lampu kuning, bersama segelas kopi sebagai bantuan untuk bertahan dengan lebih lama. Selepas menjawab, markah tidak memuaskan. Aarrgh!! Tekanan kepada jiwa aku. Apabila tertekan, hati ini mula mencari perkara-perkara yang mampu menghilangkan tekanan. Apa yang aku temui? Hiburan jahiliyyah, yang ketika itu ibarat pakaian buatku, jika tidak ku sarungkan, tidak lengkap kehidupan seharian.

Setiap kali terkenang, aku malu sendiri. Malu dengan Si Pencipta yang telah memberikan panduan buatku tentang apa tujuan hidup ini sebenarnya. Cuma hati ini yang degil, tidak mahu membuka dan melihat apa yang ada di dalamnya. Hati ini sering rasa kehidupan dunia ini segala-galanya. Mencintai segala isi-isinya seakan-akan tiada kehidupan selepas ini, walaupun sering mulut ini membacakan Kalamullah, yang mengingatkan tentang kewujudan akhirat.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) (Al-Fatihah ; 5 )

tears

Terbukti, Al-Fatihah selama ini dari akal dibawa ke mulut. Mulut melafazkan tanpa singgah di hati, kerana di hati wujudnya tembok besar kejahilan yang kukuh, teguh dan utuh. Mujur, sedikit demi sedikit tembok ini mula roboh. Alhamdulillah…ini semua ketentuanMu Ya Allah.

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman   (Al-An’am ; 125)

Sentiasa aku berdoa kepada Allah, agar aku  terus kekal di jalan ini. Agar aku terus kuat menentang tarikan-tarikan futur. Agar aku mampu mengatakan tidak kepada mereka yang mengajak ke jalan syaitan, musuh yang nyata. InsyaAllah…

sumber: Mencari Cahaya Hati

May 24, 2009 Posted by | Cerpen, Tazkirah | , , | 2 Comments

Remaja Muslim perlu bina jati diri, keterampilan glokal

REMAJA adalah transisi usia antara kanak-kanak dan dewasa. Mereka adalah pewaris masa depan seluruh ummah. Banyak kisah daripada al-Quran dan hadis yang boleh dijiwai oleh remaja untuk diselidiki dan dicontohi. Antaranya kisah Nabi Zulkarnain. Remaja boleh terus meneliti surah al-Kahfi untuk mengetahui ciri kepemimpinan Islam yang dimiliki Nabi Zulkarnain.Namanya saja cukup gah dan hebat untuk kita dapat menilai siapa sebenarnya Zulkarnain. Maksud namanya ialah ‘dia yang mempunyai dua tanduk’ – disebabkan kekuasaannya yang melata dan merentasi benua Barat menjangkau ke Timur.

Dalam hal ini, Allah berfirman dalam surah al-Kahfi, ayat 84 bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada Zulkarnain di muka bumi ini dan kami memberikan kepadanya jalan bagi mencapai segala sesuatu.”

Ciri kepemimpinannya yang perlu diteladani.

# Takwa

Kekuatan pola takwa Zulkarnain tidak diganggu-gugat walaupun beliau mampu menundukkan pelosok dunia Timur dan Barat. Zulkarnain tidak mudah lupa diri dan berlagak seperti beraja di mata, bersultan di hati walaupun menguasai dunia. Dia tahu kedudukannya di sisi Allah Maha Pencipta.

Hayati kata-katanya sebelum membina tembok pemisah penghadang Yakjuj dan Makjuj seperti di dalam ayat 95, surah Al Kahfi bermaksud : “Sesungguhnya apa yang dikurniakan Allah kepadaku adalah lebih baik (daripada pemberianmu).”

Begitu juga sikap Zulkarnain yang tidak berganjak atau goyah walaupun selepas menempa kejayaan dalam pembinaan tembok itu, seperti dalam surah sama, ayat 98 bermaksud: “(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat daripada Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar.”

Betapa tingginya darjah takwa yang terpahat di hati dan jiwa Zulkarnain.

# Berwawasan, mempunyai misi dan tujuan hidup yang jelas.

Dalam surah al-Kahfi, ayat 87 hingga 88, Allah berfirman bermaksud :

“Berkata Zulkarnain, Adapun mereka yang zalim, maka kami akan menyeksanya (yakni menghukumnya dengan tegas), kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya dan Tuhan akan mengazabkannya dengan azab yang dahsyat. Adapun mereka yang beriman dan beramal salih maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan dan kami akan titahkan kepadanya perintah yang mudah daripada perintah-perintah Kami.”

Berdasarkan ayat ini, wawasannya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta memerangi segala bentuk kekufuran dan kemaksiatan seperti yang digariskan Allah. Sungguhpun Zulkarnain dikurniakan segala keperkasaan dan kebesaran, ia tidak begitu mudah memesongkannya daripada matlamat dan hala tuju wawasan yang terpahat di jiwanya.

Segala kekuasaan yang dimilikinya dianggap sebagai alat atau wasilah yang digunakan sepenuhnya untuk menegakkan kebesaran Allah. Kaedah ini diterapkan secara konsisten dalam setiap wilayah yang berada di bawah sayap taklukannya.

Continue reading

May 17, 2009 Posted by | Tazkirah | 1 Comment

Selamat Hari Lahir

Tulisan ini sekadar sedikit peringatan yang ingin aku kongsi bersama. Hmm..bulan lepas ramai betul kawan2 aku sambut birthday, dari awal bulan sampai la akhir bulan..Sambutan hari lahir..buat aku berfikir sejenak..kenapa semua orang, tak kira kecil atau besar, tua atau muda semuanya happy sangat2 bila tibanya tarikh birthday mereka? (aku bukan anti dengan sambutan ni, aku pun sambut jgk. Cuma kali ni aku terfikir tentang beberapa perkara).

cakes

Tak dapat dinafikan ramai org tertunggu2 ‘tarikh keramat’ mereka. Ada yang siap ingatkan kawan2 in advance lagi. ‘jgn lupe birthday aku next week tau’. Seronok..memang seronok bila sambut birthday, dapat makan kek, ada majlis makan2, dapat hadiah lagi, sape yg tak seronok? Mane ade org yang nak bagi hadiah kat kita kalau bukan on our birthday kan? Maka on that day, bertambah la koleksi2 yang sedia ada. Yang dapat baju tambah koleksi baju, yang dapat beg tambah lagi beg walaupun beg yang ada tu belum diguna2 lagi. Yang suka bear dapat tambah koleksi bear, yang suka bunga maka bertambahlah bilangan bunga2 kering yang tergantung dalam bilik..sayang nak buang.

birthday presents-dreams-resized

Tetapi dalam kita bergembira menyambut event yang hanya sekali setahun dalam hidup kita ni, pernahkah sekali kita mengucapkan syukur kepada Dia yang memberi pinjam nyawa yang ada dalam diri kita? Pernahkah sekali kita mengucapkan ‘alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana telah memberi peluang pada aku untuk melalui hidup pada umurku yang ke… dengan baik. Semoga iman dan amalku akan terus bertambah dalam umurku yang ke…ini’. Pernahkah? Jarang sangat kan? Atau maybe tak pernah sekali pun kan?

Continue reading

May 12, 2009 Posted by | Tazkirah | , , , | 3 Comments