NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Aku Orang Baik?


Pernah tak disuatu ketika anda merasakan seperti, hari ini…aku dah belajar banyak benda. Banyak topic yang aku dah cover, banyak subjek yang aku dah revise. Kesimpulannya hari ini aku telah berjaya melakukan banyak benda dan yang paling penting hari ini aku dah study dari pagi sampai petang dan aku tak buang masa aku dengan benda tak berfaedah cam orng lain’

Pernahkan perasaan seperti itu terlintas di hati anda? Atau mungkin bukan saja dalam konteks pelajaran dan ulangkaji, tapi dalam apa jua kedaan yang mana kita rasa kita dah bagi yang terbaik, yang terbanyak dan sekarang kita merasakan puas dan cukup?

Kadangkala sesetengah individu akan merasakan aku dah cukup baik, aku tak kacau hidup orang lain dan orang lain juga tak kacau hidup aku..hidup kau hidup kau, hidup aku adalah hidup aku. Kita rasa kita dah jadi pelajar yang cemerlang dan terbilang kerana kita adalah yang terajin dalam kumpulan kita, atau mungkin kita adalah yang terpandai dalam batch kita. Dari segi akhlak dan perangai pulak, kita rasakan kita dah mencapai piawaian kerana kita seorang yang rajin belajar, pandai manfaatkan masa terluang dengan menelaah buku pelajaran, maklumlah nak jadi doctor ilmu kena banyak. Kita juga rasa kita bukan cam orang lain yang suka buang masa layari internet, chatting, layan you tube, sembang-sembang dan borak kosong. Sambil lepak-lepak diisi dengan gossip dan mengumpat. Kita rasa kita tidak ada semua element tak baik tu. Malah lebih meneguhkan lagi keyakinan kita yang kita nie baik, apabila hujung minggu jer kita pergi usrah. Dengar naqib/naqibabercerita, pesan-pesan sikit lepas tu balik bilik dan terus buka buku dan sambung study.

Dengan amalan dan rutin seperti itu maka kita rasa kita telah berbuat yang sebaiknya. Kita juga telah menjadi pelajar yang terbaik dan orang yang berakhlak baik. Kita berpuas hati dengan prestasi sendiri dan merasakan cukup dengan apa yang telah kita buat, dengan apa yang kita kononnya sumbangkan dan korbankan. Tapi kita terlupa akan pesan allah..

‘…iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya’ (18:104)

Kenapa semua amalan itu hanya sia-sia pada pandangan Allah? Apakah perasaan anda jika segala amalan yang selama ini anda rasakan anda telah berbuat yang sebaik-baiknya, yang anda rasa anda telah memberi dengan sepenuh jiwa raga, yang anda rasa anda telah banyak berkorban dan puas dengan pencapaian anda tetapi hanya sia-sia dan tak diterima Allah? Apakah persaan anda jika selama ini anda rasa macam dah jadi orang yang paling baik di dunia tapi sebenarnya tidak berjaya pun mencuri perhatian Allah? Apa anda rasa jika anda fikir anda telah buat semua amalan yang baik-baik tapi sebernarnya satu pun Allah tak redha?

Kadangkala kita terlupa bertanya pada diri sendiri…dah cukupkan amalan baik yang aku buat nie? Betulkah aku buat ikhlas kerana Allah atau semata-mata untuk nampak baik di mata orang lain? Allah terima kersolat yang aku buat tiap-tiap hari itu? Allah berkat ke study  dan ilmu aku tu? Betul ke aku study sebab aku nak dekat diri dengan Allah, sebab nak tahu kekuasaan dan kebesaran Dia atau semata-mata sebab dah dihantar ke Rusia ni untuk belajar, maka belajar je la..?

Pernahkah kita memeriksa kembali niat kita, tujuan kita dan matlamat kita? Patutkah kita rasa dah cukup dan berpuas hati dengan apa yang telah kita buat tanpa ada rasa untuk sentiasa memperbaiki diri dan jadi lebih baik semata-mata untuk mengharapkan redha Ilahi? Jangan hanya nak rasa puas untuk diri sendiri tapi berusahalah untuk membuat Allah puas dengan kita, Allah redha dengan kita dan yang paling penting moga amal kebaikan kita diterima Allah dan tidak menjadi sia-sia.

‘dan Kami perhatikan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amalan itu (bagaikan ) debu yang beterbangan’ (25:23)

April 29, 2009 - Posted by | Akhlak, Tazkirah

6 Comments »

  1. alhmdlh..moga dpt hisab diri msg2 n sama2 perbetulkn niat selalu insyaAllah…ameen ya Rabb~

    Comment by afiq rushdi, moscow | May 2, 2009 | Reply

  2. astaghfirullah..betul2…check diri kita selalu…sygnyer andai semua amalan tuh jd debu yg berterbangan…;(

    Comment by farahin moscow | May 5, 2009 | Reply

  3. betul3.. saya suka artikel ni! thanks :)))

    Comment by momo | May 5, 2009 | Reply

  4. setuju sangat!!betulkan niat!!

    Comment by aishah | May 6, 2009 | Reply

  5. erm.. betul2,
    tajdid niat selalu
    semoga dgn amalan itu,
    semoga dgn walau sekecil mana pun amalan itu,
    ia menambah timbangan amal kebajikan kita kat akhirat nnt..

    kejar pahala, & ‘gilakan pahala’..

    Comment by Humaira' | May 6, 2009 | Reply

  6. hum..niat akn menetukan hala tuju hidup kita..kalu kta study nak dpt 5 maka hy 5 lah yg kita dpt..tanx,menperingatkan~~

    Comment by ara_hani | May 10, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: