NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Kita dan hooligans


Ilmu itu dari mana-mana. Ia boleh datang melalui buku yang kita baca, melalui pengalaman hidup, atau melalui apa yang kita lihat. Kesimpulannya ilmu boleh datang dalam pelbagai jenis bentuk dan dari pelbagai jenis sumber. Ilmu yang berguna sememangnya ilmu yang dapat menambahkan keimanan dan ketakwaaan kita kepada Allah dan ilmu itu dapat membawa kita kepada mengingatiNya.

Hari ni aku rasa aku telah mendapat satu lagi ilmu baru- mengenal gaya hidup orang- dijalanan, the hooligans.

Aku tidak keluar untuk menemu ramah mereka tapi aku belajar tentang erti kehidupan mereka melaui filem- Green Street Hooligans. Filem ini mengisahkan remaja- remaja hooligan yang sangat fanatik dengan pasukan bola sepak. Mereka hidup dalam satu geng (kumpulan) dan ahli-ahlinya selalunya terdiri daripada anak- anak remaja belasan tahun. Mereka sering berkumpul di bar bersama clique mereka, minum-minum, berjudi dan berseronok. Jika ada sebarang pertandingan bola sepak, mereka akan berkumpul ramai-ramai dibar, bersorak dan menyanyikan lagu menyokong pasukan bola sepak itu dengan semangatnya sebelum bergerak bersama-sama ke stadium untuk memberi sokongan padu pada pasukan bola sepak kegemaran mereka.

Penyokong bola sepak berbalah antara satu sama lain adalah perkara biasa di Eropah. Situasi ini mungkin janggal di Malaysia tetapi ia adalah hakikat yang biasa di negara-negara barat. Perbalahan hooligan ini bukan sekadar diluar stadium malah akan membawa ke jalanan dan dendam. Kumpulan hooligan ini mempunyai territory mereka tersendiri. Jika orang lain cuba mengambil kawasan mereka- they’ll fight back and they are willing to spilt  their blood coz they’ll stand for their territory. Mungkin sebab itulah mereka tidak berseorangan tapi selalunya bersama-ssama dalam satu kelompok cause they are strong when they are united. Kadangkala isu bola sepak boleh membawa kepada perkara lebih teruk, dendam, permusuhan malah pembunuhan.

Mungkin banyak lagi kriteria yang ada pada kumpulan hooligan ini, tetapi filem itu hanya memaparkan sebahagiannya sahaja. Apa yang membuatkan aku terfikir ialah mereka yang menjadi hooligans ini, ramai antara mereka adalah remaja dan golongan belia. Golongan muda yang banyak tenaganya yang dapat memberi sumbangan kepada sesebuah negara, tetapi mereka lebih rela melibatkan diri dengan hooligans, apakah bakti yang boleh ditaburkan dengan menjadi hooligans?

Mungkin ini situasi para remaja di barat, bagaimana pula situasi remaja kita di Malaysia? Golongan remaja dan belia sentiasa sibuk tapi mereka sibuk dengan agenda yang boleh menghancurkan diri mereka sendiri. Orang bijak pandai pernah berkata’untuk mengetahui masa depan sesebuah negara, lihatlah pada golongan mudanya’

Memang benar masa muda hanyalah sekali tapi sampai bila kita mahu terus dihanyutkan dengan perkara picisan? Sampai bila kita mahu biarkan diri kita terus menjadi mangsa keadaan? Let yourself being  ruled by your surrounding?

Maka apakah kamu mengira Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Al-Mu’minun 23:115)

Masa muda inilah masanya untuk kita menggunakan kudrat dan upaya kita untuk melaksanakan tujuan dan maksud kehidupan kita. Mencari erti sebenar sebuah kehidupan. Mengetahui dan sedar hakikat kita adalah hamba kepada Tuhan Pencipta Alam. Seperti hadith nabi-gunakan masa muda sebelum menjadi tua.

Ada beberapa perkara yang aku dapat kehidupan hooligans dalam cerita ini. Antaranya semangat ‘brotherhood’ mereka yang sangat kuat. Mereka saling melindungi dan sentiasa bergerak dalam satu geng (kumpulan), kerana mungkin mereka berpegang kepada pepatah seberkas ikatan lidi lebih sukar dipatahkan berbanding hanya sebatang lidi. Trust adalah asas penting dalam kelompok mereka dan mereka tidak tergamak untuk mengkhianati satu sama lain. Namun disebalik itu, aku tercari-cari apakah matlamat mereka dan apa yang mereka perjuangkan sehingga mereka sanggup bermati-matian dan berbunuhan. Adakah hanya kerana ingin berkuasa disesuatu kawasan? Sampai bila mereka harus bertumbuk dan berlawan? Or it is for the sake of fun? The truth is, those hooligans have special strength, but sadly they don’t know how to channel it and finally misused it…

March 31, 2009 - Posted by | Akhlak, Cerpen

1 Comment »

  1. salam..sy rse antara yg kita leh amik dri hooligans ni jugak is diorg ade iman yang mendalam terhadap apa yg mereka “suka”(cam perjuangan mereka la)..cuma apa yg diperjuangkan tu xbenar..so kita yang berada di landasan dan perjuangan mesti/kena berjuang sehabis baik di jalan yg diredhai Allah.-moga amal kita diterimaNya

    Comment by khadejah | April 3, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: