NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Nenek


Aku tidak ingat mengapa aku begitu tergesa-gesa tapi yang pasti hari nie aku rasa perjalananku dilambatkan oleh seorang nenek tua yg berumur dalam linkungan 60-70 tahun, yang berhati-hati mengatur langkah demi langkah dihadapan aku.. Dia seolah tidak kesah dengan keadaan metro yang sesak dengan orang pada ketika itu (time balik kerja). Apa yang aku perhatikan dia rapi mengatur langkah perjalanannya. Ketidaksabaran aku menyebabkan aku bersoal jawab dengan diriku sendiri, ‘lambatla makcik nie jalan, orang nak cepat nie!’

Kadangkala aku sering merungut dengan orang yang berjalan lambat, melenggang-lenggang macam itik pulang petang. Diorang tak tahu ker masa tu berharga?! Nak saja aku menyelit di antara ribuan manusia yang ada dekat situ, tapi orang kat metro nie memang ramai. Mungkin kerana aku dah boleh adapt dengan kehidupan orang Rusia yang berjalan pantas semasa di metro, jadi bila ada yang melambatkan perjalanan aku, aku jadi tak sabar.

Finally, ada ruang yang membolehkan aku menyelit. Aku memintas nenek itu dan berjaya keluar dari kawasan metro yang sesak dengan manusia. Ke hulu ke hilir mereka bergerak, tapi kemanakah destinasi mereka?

Sambil menunggu bas, aku ternampak kelibat nenek yang berjalan perlahan di hadapanku tadi. Dia baru saja keluar dari mulut metro selepas 4-5 minit aku terpacak menuggu bas di situ. Aku perhatikan nenek itu. Terpancar keazaman dan kesungguhannya dalam mengatur langkah kakinya. Dia penuh berhati-hati. Tiba-tiba terbit penyesalan dalam diri aku.’ Kasihan nenek tu.. susah nampaknya dia nak berjalan, patutla lambat dia jalan..’ Aku rasa bersalah sebab aku tidak sabar-sabar tadi. Bukan salah dia berjalan perlahan, sebab dia mungkin dah tua dan tak larat. Tak mampu nak berjalan pantas macam orang lain. Itu pun bagus dia masih boleh berjalan sendiri, tak perlu dipimpin oleh orang lain kalau nak berjalan. Hati aku terdetik, suatu hari aku juga akan menjadi tua. Entah berkesempatankah aku untuk sampai ke hari tua. Bagaimanalah agaknya aku di hari-hari tuaku.?

‘..kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampai kepada usia dewasa, dan diantara kamu ada yang diwafatkan dan ada pula yang dikembalikan sampai usia sangat tua (pikun), sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya..’      (Al-Hajj 22:5)

Inilah cycle kehidupan manusia. Dari bayi menjadi dewasa kemudian memasuki fasa tua dan tidak berdaya. Semasa kecil kita dijaga oleh ibu dan bapa dan merekalah yang  mencorakkan anak-anak dengan warna. Hitam, merah, kelabu?- pilih saja warna apa yang anda suka tapi hakikatnya, Allah telah mentetapkan kepada kita dengan suatu warna-WARNA ISLAM. Warna islam inilah warna yang terbaik di antara semua warna.

‘sibgah Allah. Siapa yang lebih baik sibgah-Nya daripada Allah? Dan kepadaNya kami menyembah’ (Al-Baqarah 2:138)

Seorang muslim harus kenal dirinya kerana dengan mengenal dirinya dapat membawa kepada mengenal Yang Maha Pencipta. Apa gunanya kita menuntut ilmu tinggi-tinggi sampai berjaya grad setelah 6 tahun tapi ilmu itu tidak dapat membantu men-link kan kita kepada Allah? Tidak merasa dekat denganNya, apatah lagi merasakan Ohh..He is watching us every second! Ilmu yang tidak membawa kepada mengenal Tuhan tidak akan berguna kerana tidak akan membantu kita untuk mengenal selain dariNya. Hayatilah dan dalamilah islam itu dengan sebenarnya kerana kita tak mahu hanya dikenali sebagai orang islam yang superficial sahaja. Islam hanya sekadar pada nama tapi tak berusaha untuk mempamerkan yang terbaik darinya. Berusahalah untuk menjadi the real muslim. Sementara kita masih muda dan kuat, gunalah kesempatan ini untuk berusaha.

maka tidak pernahkah mereka berjalan dibumi, sehingga hati(akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati di dalam dada’ (Al-Hajj 22:46)

Sedihnya jika hati telah menjadi buta, kerana kita sendiri yang membiarkan ia menjadi buta. Kita menolak pada kebenaran, kita masih ragu-ragu pada jalan Tuhan sedangkan sepatutnya kita jaga dan kita lindungi hati, so that your heart wont be necrosis. Gunakanlah nikmat yang ada untuk membawa kita lebih dekat kepadaNya, untuk lebih mengenal pencipta kita dan untuk sedar hakikat kenapa kita ada disini- di atas muka bumi ini .

Tanya pada diri- apa yang boleh aku buat? Apa yang sepatutnya aku buat? Sudahkah aku berbuat apa yang harus aku buat? Aktifkan neuron-neuron otak anda dengan persoalan. Apa yang telah anda sumbangkan setelah 20++ tahun hidup dengan sihatnya diatas muka bumi ini? Dan yang paling penting, what contribution to islam that u had ever made since u call urself a muslim?

Jangan tunggu hingga kita dah tak larat, dah tak terdaya atau sehingga kita dah bergelar ‘warga emas’ baru kita mula nak memulakan langkah pertama. Jangan menunggu sehingga nyawa-nyawa ikan baru nak belajar erti makna kehidupan. Make use of your youth and let yourselves be fully absorbed by the COLOR of  ISLAM….

March 5, 2009 - Posted by | Cerpen, Tazkirah |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: