NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Di Sebalik ‘Snow’ Putih

snow-road

Recently kat Moscow ni asyik snow jer kan…? really heavy snow… when u look outside your window and u’ll see…wow! So white! Salji yang putih dah menyeliuputi bumi Russia nie…kadang-kadang terpikir apa yang kita dapat belajar dari  penciptaan Tuhan nie kan?

Salji, apa yang dapat aku pelajari dari mu?

Sesungguhnya Tuhan tidak akan menciptakan sesuatu itu sia-sia.. Jadi mesti ada sesuatu yang dapat kita pelajari dari fenomena ciptaan Allah nie kan.

Living here in Rusia, you should make use of whatever that it can offers you, sebab mana ada salji kat Malaysia…so for one thing, be grateful that you have been thrown here, that u’d been stranded here , for one reason- to learn something..

Kalau kita lihat pada salji tu sendiri la kan…putih, nampak cam bersih jer dari jauh..tapi when you go closer u’ll see the true colour..i mean its not that white n clean because the closer u look at it, u could see that it has some dirts on it..may be ada puntung rokok, maybe ader ludah kesan infection dari virus influenza ker waktu-waktu winter nie…botol2 arak yang tertanam kat bawahnya dan kalau dilihat dengan microscope -…

there must be lots of microbs too.. kiranya salji tu xderlah bersih dan putih sangat. Tapi kita sebagai manusia nie selalu suka melihat pada luaran dan terus  buat kesimpulan. Like most people like to say, ‘don’t jugde the book by its cover’. So u have to know the content of the book then u decide how the story goes.

Mungkin kita boleh analogikan salji tu dgn dunia. Apakah dunia pada pandangan manusia? Continue reading

Advertisements

February 27, 2009 Posted by | Tazkirah | 4 Comments

Bacalah!

Hakim : Adam, aku ada baca satu buku ni. Tulisan Imam al-Ghazali.

Adam : Apa yang menarik?

Hakim : Ha, ni la yang aku nak kongsi dengan kau.

Adam : Apa?

Hakim : Imam Ghazali kata pada diri manusia tu ada 4 sifat yang menjadi tumpuan

berlakunya dosa.

Adam : Apa sifat-sifat tu?

Hakim : Sifat-sifat tu adalah Rububiyyah, Syaithaniyyah, Bahimiyyah dan Subu’iyyah.

Adam : Aku tak faham la istilah arab ni. Terangkan sikit.

Hakim : Rububiyyah tu maknanya ketuhanan. Antara sifat-sifat manusia yang cenderung

kepada sifat ketuhanan ialah seperti besar diri, suka bermegah, memaksa, suka

dipuji dan lain-lain. Sifat-sifat macam ni menyebabkan lahirnya dosa-dosa besar

yang kadang-kadang kita tak rasa pun yang itu adalah dosa. Sedangkan dosa-

dosa yang lahir dari sifat ini adalah pembinasa yang amat besar dan induk

kepada kebanyakan maksiat.

Adam : Apa contoh dosa yang lahir daripada sifat ni?

Hakim : Contohnya adalah mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Atau lebih jelas lagi kalu

aku bagi contoh macam Firaun yang mengaku dirinya sebagai tuhan.

Adam : Ooo..faham-faham..sifat Syaithaniyyah tu macam mana pula?

Hakim : Sifat Syaithaniyyah adalah sifat kesyaitanan seperti hasad dengki, melampau,

melakukan helah, menipu dan menggesa kepada kerosakan dan kemungkaran.

Semua ni akan melahirkan sifat munafik serta mengajak kepada bid’ah dan

kesesatan.

Adam : Sifat seterusnya?

Hakim : Sifat ketiga ialah sifat Bahimiyyah atau sifat kebinatangan. Sifat ni akan

melahirkan sifat-sifat pelahap, gopoh serta kerakusan untuk melampiaskan

nafsu perut dan kemaluan. Sebab tu la lahirnya perbuatan zina, liwat, mencuri,

makan harta anak yatim serta mengumpul harta hanya untuk kepuasan diri. Sifat

terakhir adalah Subu’iyyah atau kebuasan. Kau rasa apa contoh sifat ni?

Adam : Emmm…marah, berdendam, membunuh, menyerang orang ?

Hakim : Ha.. betul la tu. Sebab tu la ada manusia yang jadi pembunuh, pencuri,

perompak dan lain-lain lagi. Imam Ghazali kata yang pertama menguasai

manusia adalah sifat kebinatangan dan diikuti sifat kebuasan. Bila kedua-dua ni

berkumpul ia akan menggunakan akal untuk membuat tipu daya serta helah yang

merupakan sifat kesyaitanan. Akhirnya sifat ketuhanan menguasai diri seperti

bermegah dan berusaha untuk berkuasa atas semua orang.

Adam : Tapi takkan sifat ketuhanan tu tak melahirkan sifat-sifat yang mulia langsung?

Continue reading

February 24, 2009 Posted by | Akhlak, Ibadah, Tazkirah | 6 Comments

Ketaatan Sebenar

Hanya kepada Allah dan Rasul

“Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepada segala perintah Allah dan tinggalkan segala larangan Allah supaya kamu memperoleh kejayaan. Marilah kita mendengar firman Allah S.W.T. di dalam al-Quranul Karim dari Surah al-Kahfi ayat 28 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mematuhi orang yang kami lalaikan hatinya daripada (mematuhi) peringatan kami dan mengikut hawa nafsunya. Dan adalah kelakuannya melampaui batas.”

Sesungguhnya di dalam hidup ini kita tidak dapat melepaskan diri daripada memberi perintah dan diperintah. Cuma yang menjadi pertimbangannya ialah suatu perintah yang dikeluarkan itu patut atau tidak, dan menepati kehendak syarak atau tidak. Selagi perintah tersebut keluar daripada mulut manusia biasa, pertimbangan tersebut wajib dilakukan, melainkan perintah yang datang daripada Allah SWT dan Rasulullah S.A.W.

Suruhan yang tidak boleh disanggah dan pertikaikan hanyalah perintah Allah SWT. Setiap kali Allah menyuruh hamba Allah dengan satu perintah, maka Hamba Allah itu tidak ada pilihan melainkan melakukan perintah itu dengan penuh ikhlas dan semaksima yang mampu. Allah S.W.T. tidak sesekali memerintahkan hamba-Nya dengan satu perintah yang tidak mampu dilakukan kerana firman Allah dari surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud:

“Allah tidak mentaklifkan (membebankan) seseorang melainkan menurut kemampuan seseorang.”

Oleh itu setiap perintah Allah pasti membawa kebaikan kepada orang yang melaksanakan sama ada di dunia atau di akhirat. Sementara segala larangan Allah S.W.T. pasti pula membawa mudharat di dunia dan di akhirat.

Firman Allah dari surah al-Fath ayat 16 yang bermaksud:

“Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah), Allah akan mengurniakan kepada kamu dengan balasan yang baik (di dunia dan di akhirat), dan kalau kamu berpaling ingkar seperti keingkaran kamu dahulu, nescaya Allah akan menyiksa kamu dengan seksaan yang tidak terperi sakitnya.”

Sesungguhnya tidak ada untungnya melawan perintah Allah S.W.T., bahkan kerugian jugalah Continue reading

February 17, 2009 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

Biasa Sahaja

Pagi tadi aku bangun, aku lihat cermin, aku bertanya, siapakah yang telah menciptakan wajah yang yang cantik dan tampan dalam cermin ini? Aku tahu, hanya yang Maha Bijaksana dan Maha Bekuasa mampu menciptakan diri yang se’complex’ ini.

Aku bertanya lagi, kenapa aku bangun pagi-pagi? Kenapa aku solat subuh, kenapa aku pergi kelas, pulang, masak, makan, berehat, bermain computer, study, tidur dan kehidupanku akan berulang semula keesokannya. Setiap hari, perkara yang sama akan aku lakukan.

Adakah ini sahaja yang aku mampu lakukan? Adakah ini sahaja tugas aku di atas bumi ini?

Nanti sudah kerja, lain pula ceritanya, bangun pagi, solat, sarapan, pergi tempat kerja, pulang, berehat bersama keluarga, menonton televisyen, hujung minggu berehat bersama keluarga bercuti ke mana-mana. Terus bekerja, tambah pendapatan. Aku makin kaya.

Ini sahajakah kehidupan aku? Tidak. Aku pasti, kehidupan aku bukan ini sahaja. Kehidupan aku lebih dari yang biasa aku lakukan. Aku seorang muslim, pasti tugas aku, fungsi aku lebih dari orang bukan muslim.

Kini aku sedar, Allah telah berkata kepadaku.

Pertama dalam surah al-baqarah ayat 30: Dia mahu menjadikan khalifah di muka bumi ini.

Kedua dalam surah Az-zariyat ayat 56: Allah tidak menjadikan aku dan jin melainkan untuk beribadah kepadaNya.

Maka, kehidupan aku pastinya bukan kosong begitu sahaja, 2 ayat ini membuktikan setiap masa aku perlu diisi dengan sesuatu. Bukan benda rutin yang aku lakukan. Bukan benda biasa yang aku buat.

Aku pasti mati satu hari nanti. Mungkin tidak sempat bekerja dan mengumpul wang, aku telah meninggalkan dunia ini. aku tak sempat untuk beramal walau sebesar zarah pun. Aku akan menyesal nanti.

Inilah masanya, aku tidak mahu terus hidup dengan kehidupan aku yang biasa.

Ada “something missing” dalam hidupku selama ini. dan aku akan terus mencari apa yang hilang dalam hidupku ini. Aku tak mahu sendirian, aku mahu teman-teman lain juga bersamaku mencari kehidupan yang sebenar!

February 11, 2009 Posted by | Tazkirah | | 2 Comments