NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Antara Aku, Dia dan Mereka


g-massacro20

Sudah beberapa minggu, sekali lagi dunia ‘dikejutkan’ dengan kekejaman rejim zionis yahudi, dengan penuh bangga membunuh seorang demi seorang rakyat di Palestin atau lebih spesifiknya di Gaza, di mana majoriti penduduknya adalah umat Islam, insan-insan yang mengakui Allah itu sebagai Tuhan dan Muhammad itu sebagai Rasul utusanNya. Umat Islam di seluruh dunia,ya, termasuk kita yang juga mengaku Allah itu sebagai Tuhan dan Muhammad itu sebagai Rasul utusanNya, sekali lagi bagaikan ‘ditampar’ pipinya, menyedarkan bahawa sudah sekian lama saudara-saudara kita di bumi Palestin hidup dalam derita, sedangkan pada masa yang sama kita bersenang-lenang ‘menikmati’ dunia sendiri.. Kita terlupa, tatkala perut kita kenyang, saudara-saudara kita di sana sentiasa kelaparan.. Kita terlupa, tatkala  tidur kita lena, saudara-saudara kita di sana sentiasa resah diulit kekejaman.. Allah mengatur segala-galanya, perancanganNya amat teliti..bagaikan memberi ‘amaran’ kepada kita tentang sesuatu.. Mari kita sama-sama renungkan semula makna hadis ini..

” Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum Muslimin, maka mereka bukanlah dari kalangan Muslimin ” (Riwayat Al Baihaqi)

Sangat banyak karya penulisan belakangan ini menyampaikan mesej-mesej tersendiri daripada pelbagai sudut pandangan, dengan harapan dapat menyedarkan kita semua tentang realiti yang sedang berlaku di bumi Palestin. Ada yang mengambil inisiatif memboikot barangan-barangan yang diyakini hasilnya menyumbang kepada kezaliman rejim zionis Yahudi ke atas penduduk Palestin. Ada yang berdemonstrasi, menyatakan ketidak setujuan atas tindakan kejam rejim zionis Yahudi yang tidak pernah kenal erti berhenti. Ada yang menyumbang wang, dengan harapan dapat membantu walaupun sedikit. Doa demi doa diutuskan tanpa jemu. Pelbagai usaha, dalam pelbagai cara. Mudah-mudahan dari sekecil-kecil usaha yang dilakukan, membawa nilai yang amat tinggi dalam pandangan Allah.

Tidak bercadang untuk membicarakan lebih dalam berkenaan kepelbagaian bentuk usaha yang dinyatakan di atas.. Sekadar ingin mengajak kita semua berfikir tentang sesuatu..

Situasi 1 : Zionis Yahudi tu memang kejam! Takde perikemanusiaan langsung! Diorang takde perasaan ke? Tak guna akal ke? US tu pun sama je, memang tak guna!”

Situasi 2 : Bukan semua Yahudi tu jahat. Ada je yang against the war. Bukan semua rakyat US tu jahat.”

Situasi 3 : Kenapa orang Palestin serang balik? Cubalah ajak buat perdamaian ke.. Habis semua rakyat awam terbunuh.. Kesian budak2 kecil tu”

Situasi 4 : Boikot semua2 ni buat apa? Takde effect pun. Ingat senang ke semua orang nak stop beli barang2 tu? Pastu yang sumbang2 duit ni buat apa?Bukannya sampai pun, bukan ke dah kena sekat semua?”

Situasi 5 : Kita bukan boleh buat apa2 pun.. Setiap orang ada ujian masing2, diorang hadapi ujian peperangan..kita punya ujian lain, kena belajar semua tu.. Doakan je lah, kan tu senjata kita”

Hanya beberapa dialog yang biasa didengar, mungkin bukan semua, hanya dari segelintir pihak. Tetapi izinkan penulis menyuarakan sedikit pandangan..Mungkin benar, mungkin salah.. Andai benar, sama-sama kita manfaatkan..Andai salah, atas kelemahan diri penulis sendiri..

Situasi 1 : Ada kalanya tanpa sedar kita hanya tahu bercakap tentang betapa kejam dan jahatnya rejim zionis, tanpa memuhasabah diri kita. Kita cakap mereka itu memiliki segala sifat mazmumah, namun pastikah kita, tidak ada langsung ciri-ciri itu dalam diri kita? Mereka berkelakuan seperti itu kerana mereka menolak Al-Quran, tetapi kita yang mengaku ‘menerima’ Al-Quran, adakah kita mengikut segala petunjuk di dalam al-Quran di dalam hidup kita sehari-hari?

Situasi 2Islam tidak pernah menyuruh kita membenci dan memerangi sesiapa yang tidak memerangi Islam. Kenalilah Islam melalui Al-Quran dan Sunnah dengan sebenar-benarnya, maka kita akan tahu, siapakah sebenarnya yang dinamakan musuh-musuh Allah itu..

Situasi 3 : Mungkin kita belum cukup tahu sejarah ‘perdamaian’ yang cuba dilakukan. Dimungkiri dan terus dimungkiri. Dan, siapalah kita, untuk menyatakan apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak seharusnya dibuat oleh rakyat Palestin. Mereka yang mengalami, sedangkan kita hanya memerhati. Bumi Palestin itu milik Islam, apakah kita mahu menyerahkan kunci rumah kita kepada orang asing yang tidak layak masuk ke rumah kita? Mereka hanya mahu mendapatkan hak mereka.

Situasi 4 : Jangan perkecilkan walau sekecil-kecil usaha. Manusia melakukan apa yang diyakini. Mungkin kita menganggap kecil dan tidak ada hasil, siapa tahu, usaha itu amat besar nilainya di sisi Allah. Yang penting adalah KEIKHLASAN kita menghulurkan wang, mengirimkan doa dari kejauhan dan apa sahaja usaha yang kita rasa dapt membantu mereka.

Situasi 5 : Benar, doa itu senjata mukmin.. Tetapi kita tahu sebenarnya kemampuan kita sebenarnya lebih daripada itu.. Sudah dinyatakan pelbagai bentuk usaha yang boleh dilakukan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.. Benar, setiap individu berbeza ujian sesuai dengan kemampuan masing2..tetapi bukankah setiap Muslim itu bersaudara? Fikir-fikirkan kembali hadis yang dikemukakan pada awal artikel ini..

Pembaca-pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Antara aku, dia dan mereka..

Jangan difikirkan apa yang DIA atau MEREKA lakukan..

Fikirkan, muhasabah kembali..

Apa yang telah AKU lakukan?

January 17, 2009 - Posted by | Tazkirah

1 Comment »

  1. AKu?

    Aku yang belum berubah!

    Berubah untuk lebih memahami Islam sbg cara hidup!

    Berubah agar dapat juga mengubah orang lain!

    Comment by Ubah | January 20, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: