NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Antara Aku, Dia dan Mereka

g-massacro20

Sudah beberapa minggu, sekali lagi dunia ‘dikejutkan’ dengan kekejaman rejim zionis yahudi, dengan penuh bangga membunuh seorang demi seorang rakyat di Palestin atau lebih spesifiknya di Gaza, di mana majoriti penduduknya adalah umat Islam, insan-insan yang mengakui Allah itu sebagai Tuhan dan Muhammad itu sebagai Rasul utusanNya. Umat Islam di seluruh dunia,ya, termasuk kita yang juga mengaku Allah itu sebagai Tuhan dan Muhammad itu sebagai Rasul utusanNya, sekali lagi bagaikan ‘ditampar’ pipinya, menyedarkan bahawa sudah sekian lama saudara-saudara kita di bumi Palestin hidup dalam derita, sedangkan pada masa yang sama kita bersenang-lenang ‘menikmati’ dunia sendiri.. Kita terlupa, tatkala perut kita kenyang, saudara-saudara kita di sana sentiasa kelaparan.. Kita terlupa, tatkala  tidur kita lena, saudara-saudara kita di sana sentiasa resah diulit kekejaman.. Allah mengatur segala-galanya, perancanganNya amat teliti..bagaikan memberi ‘amaran’ kepada kita tentang sesuatu.. Mari kita sama-sama renungkan semula makna hadis ini..

” Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum Muslimin, maka mereka bukanlah dari kalangan Muslimin ” (Riwayat Al Baihaqi)

Sangat banyak karya penulisan belakangan ini menyampaikan mesej-mesej tersendiri daripada pelbagai sudut pandangan, dengan harapan dapat menyedarkan kita semua tentang realiti yang sedang berlaku di bumi Palestin. Ada yang mengambil inisiatif memboikot barangan-barangan yang diyakini hasilnya menyumbang kepada kezaliman rejim zionis Yahudi ke atas penduduk Palestin. Ada yang berdemonstrasi, menyatakan ketidak setujuan atas tindakan kejam rejim zionis Yahudi yang tidak pernah kenal erti berhenti. Ada yang menyumbang wang, dengan harapan dapat membantu walaupun sedikit. Doa demi doa diutuskan tanpa jemu. Pelbagai usaha, dalam pelbagai cara. Mudah-mudahan dari sekecil-kecil usaha yang dilakukan, membawa nilai yang amat tinggi dalam pandangan Allah.

Tidak bercadang untuk membicarakan lebih dalam berkenaan kepelbagaian bentuk usaha yang dinyatakan di atas.. Sekadar ingin mengajak kita semua berfikir tentang sesuatu.. Continue reading

Advertisements

January 17, 2009 Posted by | Tazkirah | 1 Comment

Khutbah Jumaat 2/01/09 – Palestin

Awal tahun baru hijrah 1430H menyaksikan satu lagi tindakan biadap  rejim zionis Israel.  Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi  seranga bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam. Bilangan orang awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah lebih dari 300 orang dan Lebih 1500  orang mengalami kecederaan. Bilangan kematian dikalangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akan meningkatkan lagi kemusnahan, dan kematian di kalangan penduduk Gaza.

Allah Ta’ala berfirman:

4:75

Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: “”Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Kita diperingatkan oleh Allah SWT di dalam Al Quran:

9:71

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Isu Palestin bukan isu Arab atau isu rakyat Palestin, tetapi ia adalah isu umat Islam. Malangnya umat Islam yang sudah dihinggapi oleh sejenis virus yang disebarkan oleh penjajah iaitu ideology kebangsaan sempit atau assobiyah, kita tidak lagi melihat umat Islam diluar dari sempadan politik Negara kita sebagai saudara seislam yang wajib di bela dan dipertahankan.

Sabda Rasulullah SAW:

Seorang muslim adalah saudara kepada muslim  yang lain, dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya” Continue reading

January 2, 2009 Posted by | Berita, Tazkirah, Ucapan | , , | Leave a comment