NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Hijrah Kita

Tahun baru menjelma lagi. Tahun baru dalam Islam ini adalah merujuk kepada sejarah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah menuju ke Madinah, atau dikenali sebagai Hijrah. Peristiwa ini sebenarnya mengandungi pengertian dan pengajaran yang amat banyak dan luas.

Hijrah ini boleh dikaitkan dengan satu tema iaitu = PERUBAHAN.

Hijrah daripada jahil kepada faham, daripada jahat kepada baik, daripada baik kepada yang lebih baik, daripada perbuatan syirik kepada tauhid, daripada kufur kepada iman, daripada melakukan maksiat kepada taat, daripada riak kepada ikhlas, daripada takbur kepada tawaduk, daripada malas kepada rajin, daripada khianat kepada amanah, daripada dusta kepada jujur, daripada perpecahan dan permusuhan kepada perpaduan dan berkasih sayang dan banyak lagi.

Maka, hijrah daripada satu amalan yang tidak diredai Allah kepada suatu amalan yang dikehendaki-Nya adalah termasuk dalam maksud hijrah yang sebenar.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang Allah.”

(Riwayat Muslim).

Apakah Hijrah anda mulai tahun 1430 ini?


Apakah Perubahan yang anda ingin lakukan
dalam diri anda mulai tahun 1430 ini?

Continue reading

Advertisements

December 28, 2008 Posted by | Tazkirah | , , | Leave a comment

Salam Maal Hijrah 1430 H

NowWhyTwo Moscow

ingin mengucapkan

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430

kepada semua muslimin dan muslimat.


Semoga dengan tahun baru ini, kita akan lebih berusaha untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t.

Semoga hijrah kita untuk lebih memahami dan mengamalkan Islam dapat disempurnakan dengan langkah yang istiqamah.

Dan marilah juga kita sama-sama berdoa agar umat Islam di seluruh dunia ini sentiasa berada dalam keadaan aman sejahtera dan dirahmatiNya.

Ameen…(“,)

December 28, 2008 Posted by | Iklan, Ucapan | , | 1 Comment