NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Selamat Bersukan di SUKOM 2008 !


Assalamualaikum wbt,

Senyap dan sungguh sunyi sekali blog NowWhyTwoMoscow sejak mula semester 2008/2009. Untuk beberapa bulan ini, kami pihak editor NowWhyTwo mohon ribuan kemaafan kerana proses “update” blog ini terlalu lambat. InsyaAllah, setiap kekurangan akan ditingkatkan, setiap kelemahan akan dikuatkan.

____________________________________________________________________________________________

Setiap hari apabila bangun daripada tidur, tidak ramai antara kita yang akan mengenang dan memikirkan kembali apa yang telah dilakukan pada hari semalam. Menyesalkah kita dengan hari semalam atau berpuas hatikah dengan apa yang telah berlaku? Berlalu minggu-minggu sudah kadang-kadang tidak memberi kesan apa-apa kepada kita. Isnin, memulakan hari ke kelas. Jumaat-tidak sabar menanti hujung minggu.

Ingatlah, hari semalam dan masa silam adalah yang paling jauh dengan kita, tidak mungkin dapat kembali lagi kepada waktu tersebut. Menyesal atau berpuas hati, hanya menjadi panduan kepada kita untuk memperbaiki lagi hari-hari yang mendatang. Itupun, jika kita masih sempat untuk melalui hari tersebut. Jika ditakdirkan kita pergi dahulu meninggalkan dunia ini, sebelum sempat kita memperbaiki hari akan datang, maka tiada gunalah penyesalan tersebut. Tiada gunalah perancangan kita untuk melakukan yang terbaik pada hari seterusnya.

Mati-matilah yang paling hampir, hingga tidak tahu bila akan mengunjungi kita. Bersediakah kita bertemuNya dengan segala bekal di dunia ini? Membawa hasil tanaman ladang dunia, agar boleh dipersembahkan kepada Al-Malik?

Marilah beristighfar seketika, bertaubat kepadaNya mengharap keampunan daripada yang Maha Pengampun ke atas setiap zarah dosa-dosa kita. Astaghfirullahalzim…

Setiap amal kita bergantung kepada nawaitu kita. Bagaimana kesudahannya juga bermula dari nawaitu kita. Sesuai dengan hadith Rasulullah SAW:

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya

[HR Bukhari dan Muslim]

Mungkin telah bosan mendengar hadith ini. Berpuluh kali orang memberitahu kita. Tetapi adakah tindakan kita setiap waktu selari dengan apa yang disabdakan oleh Baginda junjungan kita, Nabi Muhammad SAW ? Masih belum lewat untuk kita memperbaharui niat kita sekarang.

Untuk apa lagi kita masih dihidupkan oleh Allah pada saat ini? Jika bukan untuk memberi kita peluang bertaubat kepadaNya dan melaksanakan hakikat tanggungjawab kita – beribadah kepada Al-Quddus dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Jangan biarkan peluang ini terlepas, kerana mungkin peluang ini hanya tinggal satu hari sahaja lagi iaitu hari ini. Bersama-samalah kita saling mengingati.

“ Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran” [Al-Asr:2-3]

Selamat Bersukan sempena Sukan Komuniti KUMOSC 2008!

Agar kita tidak menyesali diri, bersamalah-samalah kita ingat Al-Bathir (yang Maha Melihat) sentiasa bersama kita memerhatikan kita pada setiap waktu dan keadaan. Niatlah agar sukan ini menjadi satu ibadah dan dengan izinNya kita akan memelihara diri kita sepanjang hari SUKOM 2008 ini.

November 21, 2008 - Posted by | Tazkirah, Ucapan |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: