NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Hakikat Kita…

Antara sedar atau tidak, hari demi hari berlalu meninggalkan kita. Dalam kesibukan kita berusaha mencapai yang terbaik dalam kehidupan kita, ada kalanya kita terlupa untuk merenung kembali, siapa kita, mengapa kita di sini dan apa yang sedang kita usahakan.. Ya, mungkin kita semakin mengenali manusia, iaitu kita sendiri secara jasadnya. Kita semakin memahami apa yang sedang berlaku di dalam tubuh badan kita secara fizikalnya. Namun sejauh manakah kita cuba untuk mengenali hakikat kejadian manusia itu sendiri ; siapakah Pencipta kita? Untuk apa sebenarnya kita diciptakan..?

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dalam jutaan manusia, kita telah dipilih olehNya untuk berada di bumi Rusia, dengan segala keunikannya. Kita adalah antara insan yang dipilih untuk menikmati suasana musim luruh yang diciptakanNya ; tenang dan mendamaikan..Seolah-olah menyediakan ruang untuk kita duduk sebentar, dan bertanya pada diri, “Apa khabar imanku?” Sesekali memerhatikan daun-daun yang jatuh berguguran ke atas tanah, cuba menyelami apa yang disampaikan oleh Allah pada kita, hambaNya..

“Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya ; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata.”

(Al-An’am 6 : 59)

Siapakah DIA Yang Maha Mengetahui itu, Continue reading

October 25, 2008 Posted by | Iklan, Tazkirah | , | Leave a comment

Jadilah..maka jadilah

Sebagai manusia, kita tidak boleh lari dari masalah. Setiap hari pasti ada pelbagai masalah yang akan kita hadapi sama ada berkaitan dengan wang. pelajaran, pekerjaan, kawan-kawan, keluarga dan banyak lagi masalah lain.

Bagaimanakah kita menghadapi masalah tersebut? Adakah kita akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut sebaik mungkin? Dan adakah cukup hanya sekadar berusaha? Ada sesuatu yang kurang jika apa yang anda lakukan berhenti di situ.. Bertawakkal kepada Allah.

Manusia, hamba Allah yang sangat lemah. Tiada tempat lain untuk kita mengadu nasib melainkan kepada Allah Taala. Setiap saat dan waktu sebenarnya pertolongan Allah itu sangat-sangat diperlukan.

Yakinlah bahawa setiap hasil yang diperoleh dalam setiap pekerjaan semua itu dari Allah.

“ Sesungguhnya urusanNya apabila ia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah!” maka jadilah sesuatu itu. [Ya Seen:82]

Apabila Allah hendak tolong kita, bila-bila masa sahaja pertolongan Allah itu akan datang. Datang pula dari arah yang tidak kita sangka-sangka.

“…Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu” [At-Talaq : 2-3]

Kerana itu, berdoalah kepada Allah tanpa ada rasa putus asa mengharapkan pertolongan darinya. Bertakwalah kepada Allah dan bertawakkallah kepadaNya.

October 11, 2008 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment