NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

6 Dekad Nakbah Palestin

oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin
Perunding
Aman Palestin

(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948 )

Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Continue reading

Advertisements

April 28, 2008 Posted by | Tazkirah | | 8 Comments

AJK PPIM-MSC 2008-2010

Salam wrt,

Berikut adalah senarai nama ahli jawatan kuasa PPIM-MSC 08-10 (MMA &RSMU).

Sebarang pertanyaan, kemusykilan, permintaan atau cadangan boleh dirujuk kepada pihak2 yang berkenaan.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PPIM 2008-2010 IMAM-MSC

*  Pengerusi : Mohd Afiq bin Mohd Nor
* Timbalan Pengerusi : Muhammad Asyraf bin Azizan
* Setiausaha : Amnah binti Mohd Yousop
* Bendahari : Jalwati Amirah binti Johari

* Exco Akademik dan Paramedik
1. Mohd Nabil bin Halim
2. Nabilah binti Azman
3. Aini Shazwani binti Luey

* Exco Kebajikan
-Unit Kebajikan dan Perhubungan
1. Nik Ikhwan Haqim bin Hanafi
2. Nurul Asikin binti Ahmad
3. Mohammad Syazwan bin Ma’amin
4. Ahmad Faiq bin Mukhtar
5. Aisyah Khaulah binti Muslim

-Unit Rumah Tangga
1. Akmal bin Salleh

* Exco Dakwah dan Tarbiyah
-Unit Dakwah dan Tarbiyah
1. Muhammad Azam bin Mohd Niza
2. Wan Nazihah binti Wan Mohamed
Umar Al-fateh: -Unit Tarbiyah
1. Mohd Afiq bin Ahmad Rushdi
2. Norhidayah binti Jaris

*  Exco Penerangan dan Publisiti
1. Raimi bin Adam Chen
2. Aimi Liyana binti Othman
3. Mohd Akmal bin Shapiei
4. Nurul Fida Nusaiba binti Mohd Shukor

* Exco Ekonomi
-Unit Sponsor
1. Mohd Afiq bin Mohd Nor
2. Muhammad Asyraf bin Azizan
3. Ariff Azfarahim bin Ibrahim

-Unit Jualan
1. Siti Syahrun Natrah binti Mohd Misan
2. Nurul Iman binti Zalzilah Rashidi

April 17, 2008 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

Light to Guide

Esok exam, ada 2 lagi topik perlu dibaca, ada sesetengah nama ubat belum dihafal lagi, dan sedang elok buku hendak dibuka, lampu terpadam tiba-tiba.

Saat inilah baru mahu menghargai kenikmatan cahaya yang membolehkan deria mata digunakan. Lilin dinyalakan.dan melalui cahaya dari lilin itu saya melihat sekeliling.Cahaya yang tidak terang, tidak juga malap namun cukup menerangi.

Lalu terdetik dalam hati, bagaimana ya si orang buta? Tidak pernah melihat cahaya seumur hidup mereka, tetapi tetap boleh menjalani hidup orang biasa, malah kadang-kadang lebih baik dari orang biasa.

Lalu melalui sedikit pembacaan saya berkongsi di sini. Continue reading

April 1, 2008 Posted by | Tazkirah | | 1 Comment