NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Menuju Cahaya…Surat untuk Pemimpin…


حضرة صاحب …

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

وبعد , فإنما حملنا على التقدم بهذه الرسالة إلى مقامكم الرفيع رغبة أكيدة في توجيه الأمة التي استرعاكم الله أمرها , ووكل إليكم شأنها في عهدها الجديد , توجيها صالحا يقيمها على أفضل المسالك , ويرسم لها خير المناهج , ويقيها التزلزل والاضطراب , ويجنبها التجارب المؤلمة الطويلة .

Kehadapan Tuan…

Assalamu’alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh,

Yang mendorong kami mengemukakan surat ini kepada tuan ialah keinginan kami yang sungguh-sungguh untuk membimbing ummat yang telah diserahkan Allah kepada tuan supaya menyelenggarakan urusan mereka di zaman baru ini, keinginan kami untuk memimpin mereka dengan satu pimpinan yang baik, pimpinan yang dapat membangunkan ummat ini di atas sebaik-baik jalan, pimpinan yang sanggup menggariskan sebaik-baik manhaj yang dapat memelihara ummat ini dari kegelinciran dan porak-peranda juga dapat menjauhkannya percubaan-percubaan yang membawa kepada penderitaan yang berpanjangan.

ولسنا نبغي من وراء ذلك شيئا إلا أن نكون قد أدينا الواجب وتقدمنا بالنصيحة … وثواب الله خير وأبقى .

Kami tidak mengharapkan sesuatu di sebalik pimpinan ini selain dari kami merasakan bahawa kami telah menunaikan kewajipan dan mengemukakan nasihat… Pahala dari Allah lebih baik dan kekal.

تبعة الراعي

يا صاحب …

إن الله وكل إليكم أمر هذه الأمة , وجعل مصالحها وشؤونها وحاضرها ومستقبلها أمانة لديكم ووديعة عندكم , وأنتم مسؤولون عن ذلك كله بين يدي الله تبارك وتعالى , ولئن كان الجيل الحاضر عدتكم , فإن الجيل الآتي من غرسكم , وما أعظمها أمانة وأكبرها تبعة أن يسأل الرجل عن أمة : (كلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيته) .

Tanggungjawab Pemimpin

Tuan…

Allah telah mewakilkan kepada tuan urusan ummat ini, menjadikan maslahatnya, urusan-urusannya, hari ini dan masa depannya sebagai amanah kepada tuan dan aset di sisi tuan, dan tuan adalah bertanggungjawab di hadapan Allah dalam menunaikan amanah ini. Andainya generasi hari ini merupakan modal bekalan kepada tuan, maka generasi akan datang adalah merupakan hasil semaian tuan. Alangkah besarnya amanah ini dan alangkah beratnya tanggungiawab seorang yang akan disoal tentang suatu ummat: “Kamu semua adalah pengembala dan kamu semua akan disoal tentang gembalaannya.” (Hadis)

وقديما قال الإمام العادل عمر بن الخطاب رضي الله عنه : (لو عثرت بغلة بالعراق لرأيتني مسؤولا عنها بين يدي الله تبارك وتعالى لِم لَم أسوّ لها الطريق؟) .

وصوّر الإمام عمر بن الخطاب عظم التبعة في جملة فقال : (لوددت أن أخرج منها كفافا لا لي ولا علي).

Dari dulu lagi Imam yang adil, ‘Umar bin Khattab telah mengatakan: “Kalau kamu menemui seekor baghal di Iraq, engkau akan lihat bahawa aku bertanggungjawab terhadapnya di hadapan Allah, kenapa aku tidak memudahkan jalan untuknya.”

Umar juga telah menggambarkan betapa besamya tanggungjawab ini dalam satu ungkapan: “Aku harap aku akan keluar dari tanggungjawab ini dalam keadaan bersih. Aku tidak mendapat keuntungan dan tidak pula memikul bebanan.”

(petikan dari Risalah ‘Nahwan Nur’ Imam Hasan Al-Banna, ditulis kepada pemimpin-pemimpin Arab)

Perkongsian,

Abu Muhammad

March 28, 2008 - Posted by | Tazkirah |

1 Comment »

  1. gelaran ‘pemimpin’ bukanlah satu title utk dibanggakan…sbb kerja serang pemimpin ni sebenarnye x lebih dr seorang hamba kepada rakyat…[^^,]

    Comment by jeihani | April 27, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: