NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Aqidah yang sejahtera: Manusia robot bertuhankan Materialisme?


Pada suatu petang yang indah permai di bumi United Kindom, dua sahabat, Fatimah dan Kalsum sedang duduk-duduk dan berdiskusi tentang perihal hidup.

“Kita kan kalau nak hidup nie kena ada duit, nak guna untuk makan, minum, shopping, berseronok…Nanti bila dah kahwin, nak sekolahkan anak, hantar pergi tiusyen dan macam-macam lagilah. Sebab tulah kena kerja kuat-kuat, dah tua nanti senanglah, goyang kaki ajer. Apa yang paling penting ialah duit. Kadang-kadang orang boleh buat apa sahaja yang kita suruh jika kita ada duit”, kata Fatimah dengan panjang lebar.

“Hmm…kamu pernah dengar tak tentang manusia yang hidup macam robot?” balas Kalsum sambil melirikkan pandangan ke tasik melihat itik-itik yang berenang gembira.

robot

“Robot? Macamana pulak orang boleh hidup macam robot? Ke ader invention baru ?”

“Cuba kamu bayangkan sebuah robot yang fungsinya hanyalah untuk berjalan dan mencari soket elektrik bagi mengecas baterinya apabila kehabisan, supaya ia dapat berjalan lagi untuk mencari satu lagi soket untuk mengecas baterinya apabila baterinya kehabisan lagi….dan seterusnya…kitaran ini tidak akan berhenti selagi mana pencipta robot ini tidak mematikan suis robot ini…bijak tak invention robot ni pada pandangan kamu?”, Kalsum menguji.

“Hmmm…mestilah tak bijak langsung…langsung tak ada guna pada diri sendiri mahupun orang lain…huhu…ada ke patut macam tu…haha…”, kata Fatimah.

“Kelakar juga kan…tapi kalau kamu perhatikan kebanyakan manusia pada hari ini, hidup mereka tak ubah seperti ciptaan robot yang kurang bijak tu…cuba fikirkan…masakan Allah yang Maha Agung sekadar mencipta manusia, yaitu sebaik-baik ciptaan, sekadar untuk belajar dan bekerja untuk mencari duit supaya dapat membeli makanan, tempat tinggal dan kenderaan untuk membolehkannya terus belajar dan bekerja untuk mendapatkan lebih banyak duit lagi untuk membolehkannya meneruskan kitaran kehidupan yang kurang bijak persis kitaran hidup robot tadi?” ujar Kalsum.

“Ya tak ya juga”, kata Fatimah sambil mengangguk tanda setuju.

“Hidup manusia-manusia seperti ini hanya bermatlamatkan material…ramai yang tak perasan dalam diam mereka telah bertuhankan kepada ‘Materialisme’. Mereka akan sanggup buat apa saja, yang penting dapat duit walaupun mereka terpaksa melanggar segala perintah Allah.”

“Kalau macam tuh pun boleh dikatakan bertuhankan Duit ker? Boleh tak kamu terangkan dengan lebih lanjut kepada saya macam mana kita boleh dikatakan bertuhankan kepada Materialisme nie? Macam kurang jelas…”,kata Fatimah sambil mengerutkan dahinya.

“Perkara pertama yang kita perlu faham ialah apa yang dimaksudkan dengan materialistik itu sendiri. Sebagai contoh dalam hidup ini,Bertuhan kan materialisme itu boleh berlaku bila kita sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkannya. Kita sanggup berlapar untuk membeli barangan yang sangat mahal contohnya handphone. Kita menilai dan memandang mulia kepada orang lain kerana dia kaya, dia pakai barang-barang berjenama ataupun kerana dia cantik sahaja. Bukannya kerana ilmunya atau ketaatannya kepada Allah.”

“Oh,macam tu ke? Apa lagi contoh lain yang menunjukkan kita bertuhankan materialisme?”

“Lagi…contohnya apabila seseorang itu berniaga, dia mengurangkan timbangan untuk mendapatkan keuntungan yang lebih dengan cara yang cepat tetapi dilarang oleh Islam. Contoh lain ialah apabila seseorang itu bersungguh-sungguh berkerja untuk mengejar wang sehingga lupa tanggungjawab sebagai seorang Islam dan dengan kata lain meninggalkan segala amal ibadat contohnya solat. Apa yang sepatutnya berlaku ialah kita bekerja untuk mendapatkan redha Allah dan membuat sesuatu kerja ini untuk Allah, bukan untuk duit itu.”

 

“Oh, itu macam purpose of life kan? Ni ha, ader tertulis kat baju saya nie 51:56 dan 2:30. Jom kita belek Al-quran…”

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada para malaikat, “Aku ingin menjadikan Khalifah di bumi”” (Al-Baqarah ayat 30)

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”(Az-Zariyat,ayat 56)

“Dan satu lagi, kalau betul kepercayaan kita hanya kepada Allah, maka kita mestilah menilai setiap sesuatu perkara tu daripada sudut pandangan Allah. Kita akan selalu fikir, jika aku buat sesuatu perkara, adakah Allah suka atau tidak. Dengan kata lain, apabila kita mahu melakukan sesuatu perkara dalam hidup kita, kita berhakimkan Allah walaupun dalam sekecil-kecil perkara. Ini kerana keberkatan dan rahmat dari Allah lebih besar nilainya dari duit 1 billion. Yela, jika orang itu kaya-raya pun tetap hatinya tidak bahagia dan tidak tenang, maka apa gunanya duit itu kerana ia tidak boleh membeli kebahagiaan.”

“Oh, macam tu, takut juga kan, kita dalam sedar tak sedar boleh menyekutukan Allah. Maknanya kat sini, bukan salah kalau kita nak cari rezeki dan nak kumpul duit tapi yang paling penting kita kena tahu apa tujuan kita kerja dan cari duit tu, jangan lupa untuk kita derma dan hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Sebab dalam dunia ini, manusia sudah memisahkan agama tu sendiri dengan kehidupan mereka. Ada agama hanya ‘valid’ bila mahu berkahwin, bercerai dan pembahagian harta pusaka sahaja.” kata Fatimah.

“Aah, betul, betul, betul…Ada satu hadis menyebutkan ‘ Barangsiapa bergembira atas kebaikannya dan bersedih atas keburukannya, maka dia adalah seorang muslim (Riwayat Thabrani dari Abu Musa r.a)

Bukan senang nak didik diri kita nak jadi macam tu, tapi tak mustahil kan? Kita perlu sedar bahawa yang kita nak kejar ialah Syurga Allah yang luasnya seluas langit dan bumi, yang langsung tidak dapat dibanding dengan nikmat dunia ini.”

‘Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan keampunan dari Allah dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya’(al-Hadid,21)

“Barulah kita ada aqidah yang sejahtera”, kata Kalsum lagi sambil tersenyum manis.

“Haa, barulah saya faham. Eh,dah nak gelap nie, jom la kita pulang. Petang ini giliran saya masak. Esok jika kita ada masa kita datang lagi ke sini insyaAllah… dan terima kasih kerana berkongsi ilmu berharga ni dengan saya”, kata Fatimah sambil tersenyum kepada sahabatnya.

…………………………………………………

Cerita ini sekadar satu perkongsian berkenaan aqidah yang sejahtera dan tiada kena –mengena dengan yang hidup atau yang teah meninggal dunia. Tetapi inilah realiti hidup masyarakat dan mungkin masih ada lagi saki-baki jahiliyyah itu dalam diri saya sendiri yang perlu dikikis ibarat karat-karat besi yang melekat pada logam. Apa yang pasti, aqidah yang sejahtera ialah apabila kepercayaan kita hanya kepada Allah dan kita sanggup mempertahankan aqidah dan tidak menyekutukan Allah hingga akhir hayat.

Hadis berikut menerangkan pengukuhan tiga landasan utama dalam akidah.

‘Telah merasakan lazatnya Iman, oang yang redha bahawa Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Deen, dan Muhammad sebagai Rasul’ (Riwayat Muslim dari Abbas bin Abdul Mutalib)

Wassalam

Olahan dari nukilan

Ain@Leeds from MSM Northwest

March 15, 2008 - Posted by | Tazkirah | , ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: