NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Menuju Cahaya…Surat untuk Pemimpin…

حضرة صاحب …

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

وبعد , فإنما حملنا على التقدم بهذه الرسالة إلى مقامكم الرفيع رغبة أكيدة في توجيه الأمة التي استرعاكم الله أمرها , ووكل إليكم شأنها في عهدها الجديد , توجيها صالحا يقيمها على أفضل المسالك , ويرسم لها خير المناهج , ويقيها التزلزل والاضطراب , ويجنبها التجارب المؤلمة الطويلة .

Kehadapan Tuan…

Assalamu’alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh,

Yang mendorong kami mengemukakan surat ini kepada tuan ialah keinginan kami yang sungguh-sungguh untuk membimbing ummat yang telah diserahkan Allah kepada tuan supaya menyelenggarakan urusan mereka di zaman baru ini, keinginan kami untuk memimpin mereka dengan satu pimpinan yang baik, pimpinan yang dapat membangunkan ummat ini di atas sebaik-baik jalan, pimpinan yang sanggup menggariskan sebaik-baik manhaj yang dapat memelihara ummat ini dari kegelinciran dan porak-peranda juga dapat menjauhkannya percubaan-percubaan yang membawa kepada penderitaan yang berpanjangan. Continue reading

Advertisements

March 28, 2008 Posted by | Tazkirah | | 1 Comment

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Muhammad

Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW – disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah Continue reading

March 20, 2008 Posted by | Seerah, Ucapan | | 1 Comment

Aqidah yang sejahtera: Manusia robot bertuhankan Materialisme?

Pada suatu petang yang indah permai di bumi United Kindom, dua sahabat, Fatimah dan Kalsum sedang duduk-duduk dan berdiskusi tentang perihal hidup.

“Kita kan kalau nak hidup nie kena ada duit, nak guna untuk makan, minum, shopping, berseronok…Nanti bila dah kahwin, nak sekolahkan anak, hantar pergi tiusyen dan macam-macam lagilah. Sebab tulah kena kerja kuat-kuat, dah tua nanti senanglah, goyang kaki ajer. Apa yang paling penting ialah duit. Kadang-kadang orang boleh buat apa sahaja yang kita suruh jika kita ada duit”, kata Fatimah dengan panjang lebar.

“Hmm…kamu pernah dengar tak tentang manusia yang hidup macam robot?” balas Kalsum sambil melirikkan pandangan ke tasik melihat itik-itik yang berenang gembira.

robot

“Robot? Macamana pulak orang boleh hidup macam robot? Ke ader invention baru ?” Continue reading

March 15, 2008 Posted by | Tazkirah | , , | Leave a comment

Tiada paksaan dalam Islam

لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ

بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِاسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لاَ

انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Firman Allah s.w.t, Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat Kuat yang tidak akan putus.

Dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 256)

al-quran

Al-Maghari berkata: “Kalam sebelum ini berkenaan dengan taqrir usuluddin daripada tauhid kepada Allah dan mensucikannya serta sifat keesaan-Nya berkenaan dengan kerajaan dan pemerintahan di langit dan bumi. Juga penerangan bahawa ilmu-Nya merangkumi setiap sesuatu”.

Firman Allah s.w.t, Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam). Sayyid Qutub berkata: Dalam dasar ini ternyata bagaimana Allah memuliakan manusia dan menghormati kemahuannya, fikirannya dan perasaannya. Allah menyerahkan kepada mereka kebebasan membuat keputusan terhadap perkara akidah yang menentukan hidayat dan kesesatan dan menyerahkan kepadanya tanggungjawab amalan-amalannya dan hisab dirinya. Continue reading

March 14, 2008 Posted by | Tadabur, Tafsir, Tazkirah | , | Leave a comment

Bagusnya Budi Pekerti

Pokok Akhlak Dari Anas r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu adalah sebaik-baik manusia dalam hal budi pekertinya.” (Muttafaq ‘alaih)

Dari Anas r.a. pula, katanya: “Saya tidak pernah memegang suatu sutera tebal ataupun sutera tipis yang rasanya lebih halus daripada tapak tangan Rasulullah s.a.w. Saya juga tidak pernah mencium satu bau-bauanpun yang lebih harum daripada bau Rasulullah s.a.w. Saya telah melayani Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun, maka beliau tidak pernah sama sekali mengucapkan “cis” pada saya, juga tidak pernah bersabda: “Mengapa engkau lakukan itu,” untuk sesuatu yang saya lakukan, atau bersabda: “Alangkah baiknya kalau engkau melakukan begini,” untuk sesuatu yang tidak saya lakukan.” (Muttafaq ‘alaih)

Dari as-Sha’bu bin Jatstsamah r.a., katanya: “Saya pernah memberikan hadiah kepada Rasulullah s.a.w. berupa seekor keledai liar, kemudian beliau s.a.w. mengembalikannya pada saya. Setelah beliau melihat kecemasan yang tampak di mukaku, lalu beliau s.a.w. bersabda: “Kita tidak mengembalikannya itu padamu, melainkan karena kita ini sedang melakukan ihram.” (Muttafaq ‘alaih)

Dari an-Nawwas bin Sam’an r.a., katanya: “Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal kebajikan dan dosa. Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Kebajikan itu ialah baiknya budipekerti dan dosa itu ialah apa-apa yang engkau rasakan bimbang dalam dada – yakni hati – dan engkau tidak suka kalau hal itu diketahui oleh orang banyak.” (Riwayat Muslim)

Dari Abdullah bin Amr bin al-‘Ash radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. itu bukan seorang yang kotor – baik kata-katanya atau tindakannya – dan tidak pula seorang yang bersengaja hendak berbuat kekotoran – baik kata-kata atau tindakannya.” Beliau s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya termasuk dalam golongan orang-orang yang terpilih di antara engkau semua adalah orang yang terbaik budipekertinya.” (Muttafaq ‘alaih)

(Dipetik dari Riyadhus Salihin)

March 13, 2008 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment