NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

ouh,


Salam.

(Sedikit petikan diambil dari buku “Hikmah Solat Subuh” dan telah diolah sedikit oleh penulis)

Dalam hiruk pikuk suasana orang membeli belah,dan sementara menunggu rakan-rakan yang masih memilih, saya singgah disebuah kedai yang sunyi-sepi.Sedikit sahaja orang yang keluar masuk,tidak ada suara orang tawar-menawar cuma lagu Samir Yusuff yang perlahan berkumandang dan gerakan-gerakan beberapa orang pengunjung membelek barang-barang.

Di pintu masuk disusun deretan buku-buku dan selari dengan itu terus ke belakang tersusun kemas barang-barang perhiasan,pashmina, jubah-jubah, Al-Qura’n dan yang sewaktu dengannya.Saya berjalan dari satu rak-ke rak yang lain sehingga akhirnya saya kembali ke kawasan asal.Deretan buku-buku itu.Dan saya tarik senaskhah buku “Hikmah Solat Subuh” (dan saya tidak ingat penulisnya) dan mula menyelak.

“Saya duduk di sebuah negara yang penduduknya belum beragama islam, dan saya perhati setiap kali saya bangun subuh dan berjalan pergi ke masjid berdekatan, jalan raya sudah sibuk, dan orang-orangnya sudah keluar bekerja.Ini adalah semasa saya hendak PERGI sembahyang subuh, bukan PULANG.(Di Moscow juga begini, seawal 4 pagi akan kedengan pekerja-pekerja mengetuk ais keras atau membersihkan salji di jalanan)

Dan keadaan yang berterusan membuatkan saya terfikir, ada urusan apa kiranya orang-orang ini, di awal waktu begini sudah bangun?Kalau saya, adalah kerana saya mahu bersolat subuh.Kalaulah bukan kerana bersolat, mungkin saya juga lebih enak di dalam selimut.
Dan daripada pertanyaan orang-orang sekeliling, saya mendapat tahu, oh, mereka ini tempat kerjanya jauh. Tempat kerjanya di bandar sana, perlu bertolak awal pagi supaya tepat ke destinasi.Supaya tidak lewat.

Subhanallah. Kerana urusan duniawi kita mampu untuk bangun dan bersegera supaya tidak lewat.Namun, urusan kita ini lebih besar urusannya dari mereka.Kita berurusan dengan ALLAH.Namun sukarnya untuk menepati.”

Hati saya berdetak, saya selak lagi beberapa helai muka surat secara random.

““Tidak ada shalat yang lebih berat bagi orang-orang munafiq daripada shalat Subuh dan Isya’. Seandainya mereka mengetahui besarnya pahala kedua shalat tersebut, niscaya akan mendatanginya meskipun dengan merangkak.” (HR al-Bukhari) “

SubhanALLAH. Saya tidak tahu tentang ini.Saya menyelak lagi.

“Nabi s.a.w, sebagaimana disebutkan di dalam sabdanya, artinya, “Dua raka’at Fajar(sebelum Shubuh) lebih baik daripada dunia seisinya.” Dan dalam riwayat Muslim disebutkan, “Sungguh dua raka’at itu (sebelum Shubuh) lebih aku cintai daripada seluruh dunia.”

Rasa sebak mula menguasai diri.

“Tikah, penat orang cari.Cepatlah, semua orang tunggu kau. Bas dah datang,”

Saya tersentak, dan tersenyum memandang sang rakan yang termengah-mengah.Sekilas, saya melihat sekeliling kedai itu sebelum melangkah keluar.

Terima kasih, waktu yang sedikit saya luangkan di kedai ini saya telah dapat sesuatu untuk diri,yang saya tidak dapat beli di kedai lain.Sayangnya buku itu tidak sempat saya beli..

Lain kali saya akan datang lagi.Pasti.

****

Petikan dari buku “Jagalah ALLAH, ALLAH Menjagamu” karya Dr ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni” m/s246

‘Jangan berjaga hingga larut, kerana kalau banyak berjaga di tengah malam ianya tiada fungsi dan manfaatnya bahkan mendatangkan manfaat mudharat bagi seorang hamba.

Ulama’ mengatakan “Sesiapa yang berjaga malam hingga melewatkan Subuh, dia telah melakukan sesuatu yang di haramkan meskipun dia berjaga malam untuk membaca Al-Qura’an, kerana hukum membaca Al-Qura’an adalah sunat, lalu bagaimana halnya dengan borak-borak dan perbincangan yang sia-sia?”

Ya, sebagai seorang pelajar ada di antara kita yang suka berjaga hingga lewat malam untuk belajar.Tidak salah, namun jika boleh, pastikan waktu tidur anda cukup untuk bangun Subuh dengan awal dan bersolat dengan khusyuk keesokan harinya.

Dan sekiranya mahu ber’qiyamullail juga pastikan anda juga mampu untuk subuh awal dengan khusyuk.Jangan kerana Qiyamullail, subuh tertinggal, atau terlewat.

Wallahu’alam.

February 23, 2008 - Posted by | Tazkirah | ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: