NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Spot-spot penting yang telah dihilangkan


Dots
a
Cuba perhatikan apakah spot-spot penting dalam Islam yang telah dihilangkan sehingga menyebabkan umat Islam kini terus-menerus lemah dan dihina?

 

Spot-spot ini telah dihilangkan, ditutupi, dikaburi dan dikambusi oleh barat terutamanya penjajah British sejak 50 tahun yang lepas untuk mengelakkan ia daripada terus segar dalam diri dan hati umat Islam. Mereka ingin umat terus lalai dan hanya memakai nama Islam di atas kad pengenalan tanpa mengenal ‘apa erti aku menganut Islam?’

Barat tidak pernah pun cuba untuk menghilangkan kelima-lima rukun Islam atau ibadah khusus lain daripada umat Islam kerana mereka tahu, ibadah-ibadah ini tidak akan ada fungsinya selagi spot-spot itu masih lagi terkambus daripada hati umat Islam.

Jika kita lihat, majoriti daripada kita ini cukup lima waktu solatnya, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan bagi yang mampu, telah pun menunaikan haji. Malah kita sendiri sudah terasa lengkap diri kita ini apabila sentiasa mengikut dalam menggunakan undang-undang syarak dalam urusan peribadi seperti perkahwinan, cerai , atau pusaka serta mempunyai akhlak yang mulia; tidak menipu, berbuat baik, menderma, suka membantu orang dan lain-lain.

 

TETAPI, mengapakah si barat tidak pernah berasa risau pun akan hal ini? Malah, kita berjemaah di Masjid pada setiap hari Jumaat dan lebih besar lagi apabila lebih 2 juta umat Islam berkumpul di Mekah untuk mengerjakan haji pada setiap tahun langsung tidak menampakkan apa-apa pun kegerunan daripada umat Islam dan menjadi ancaman kepada mereka pun.

Ya, kerana mereka tahu Umat Islam sendiri tidak dapat memahami apa yang mereka sendiri sedang lakukan.

Sungguh sedih apabila solat itu tidak dapat mengaitkan kehidupan seseorang itu apabila berada di luar solat. Sedangkan solat itu adalah suatu keadaan yang kita sedang berhubung dengan Allah dan solat itu sepatutnya dapat mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar. Tetapi, lain pula yang terjadinya sekarang. Apabila di luar solat, kita sendiri lihat banyak perkara maksiat terjadi.

Sebaik habis solat, suka menipu orang, mengeji orang dan mengumpat orang. Sebaik habis solat, mencuri, rasuah, dan menyalah-gunakan kuasa. Sebaik habis solat, terlibat dengan pergaulan bebas, couple, ber’party’ dan bernari sana-sini. Sebaik habis solat, terus cabut tudung, membuka aurat dan macam-macam lagi.

 

Pelik. Sungguh pelik. Apakah yang kita dapat sebenarnya daripada solat, puasa dan lain-lain itu? Dimanakah hikmah ibadah ini ? Apakah tujuan hidup kita ? Apakah tujuan ibadah-ibadah ini dilakukan ? Adakah ia ritual semata-mata? Of course tidak!

Marilah kita menghidupkan semula spot-spot yang telah lama dihilangkan itu.

Tak, ia tidak hilang! Tapi, ia dipasifkan, dimalapkan, disembunyikan, dikaburi dan dikambusi oleh mereka yang takut akan KEBENARAN yang sebenar.

Mereka takut suatu Bangsa Islam bangkit semula dengan Kebenarannya seperti mana ia telah memberi kesejahteraan ke seluruh 2/3 dunia ini 1400 tahun yang lepas.

February 11, 2008 - Posted by | Tazkirah |

2 Comments »

  1. ibarat rantai mutiara, andai salah satu mutiara terungkai dari rantai itu, maka terburailah rantai itu.. marilah sama2 mencari titik yang hilang agar rangkaian itu bercantum dan bersambung kembali..

    Comment by syuqaira | February 13, 2008 | Reply

  2. ibarat rantai mutiara, andai salah satu mutiara terungkai dari rantai itu, maka terburailah rantai itu.. marilah sama2 mencari titik yang hilang agar rangkaian itu bercantum dan bersambung kembali..

    Comment by syuqaira | February 13, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: