NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Parlimen Turki setuju tarik balik larangan bertudung


Turkey Flag

ANKARA 7 Feb. – Parlimen Turki hari ini bersetuju menarik balik secara rasmi larangan bertudung di universiti walaupun ia masih mendapat bantahan kuat daripada puak sekular di negara ini.

imbalan Speaker Dewan Perwakilan, Nevzat Pakdil mengumumkan dua undi rahsia yang terus mencerahkan peluang majoriti dua pertiga ahli-ahli dewan yang sebelum ini bersetuju untuk menarik balik larangan berkenaan.

Namun masih terdapat pengundian peringkat kedua pada Sabtu ini bagi semakan terakhir sebelum dikemukakan kepada Presiden Abdullah Gul bagi mengubah perkara itu di peringkat perlembagaan.

Usul kebenaran memakai tudung itu dibawa ke Parlimen oleh parti pemerintah, Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP).

Menurut AKP, larangan yang dikuatkuasakan sejak 1980 oleh pihak tentera boleh menyekat kebebasan untuk mendapatkan pendidikan.

Namun pihak sekular, termasuk tentera, kehakiman dan para akademik begitu marah terhadap usul itu kerana ia bertentangan dengan amalan sekular sejak 84 tahun republik itu ditubuhkan.

Jurucakap Parti Rakyat Republik (CHP) iaitu parti pembangkang selaku pendukung utama sekular di Turki, Hakki Suha Okay berkata, penarikan balik larangan itu akan menggalakkan lagi perluasan fahaman radikal di negara ini.

CHP sebelum ini mengancam untuk mencabar di mahkamah jika kerajaan berjaya membenarkan pelajar memakai tudung di universiti.

Kebimbangan seperti itu menyebabkan seramai 125,000 tunjuk perasaan berhimpun pada Sabtu lalu dan berarak ke kubur Mustafa Kamal Atarturk iaitu Bapa Pemodenan Turki.

Sementara semalam, ramai lagi terutama dari badan-badan sivik dan kesatuan sekerja berkumpul di depan Parlimen menuntut supaya kerajaan tidak membuat sebarang perubahan terhadap larangan bertudung.

– AFP

source: www.utusan.com.my

February 8, 2008 - Posted by | Berita |

1 Comment »

  1. manfaatlah kelebihan2 yg kita dpt, yg dpt bertudung skrg, bertudunglah.. tutuplah aurat korang semua, insyaAllah sesiapa yang tutup aurat, akan dilindungi dari niat2 jahat..

    Comment by afieq | June 2, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: