NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

1429 H


HijrahSaudara dan saudari yang dirahmati Allah swt sekalian,

Esok atau mungkin petang ini akan menjadi waktu-waktu terakhir kita dalam tahun kalendar Islam 1428 H, dan kemudian, akan berhijrahlah kita memasuki era baru 1429 H. Yang berumur 20 akan memasuki 21, yang berumur 21 menjadi 22, yang kurang matang akan menjadi semakin matang dan dalam ertikata lain, yang hidup ini sebenarnya sudah semakin menghampiri kematian.

Bilakah tahun pertama Hijrah? Permulaan baru Hijrah ini berlaku pada tahun bilamasa Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah. Ia adalah pada tahun 622 masihi. Takwim Hijrah kemudian diperkenalkan ketika pemerintahan Khalifah Islam kedua, Saidina Umar Ibn al-Khattab dalam tahun 638 Masihi, iaitu 16 tahun selepas berlakunya peristiwa itu. Ia diambil untuk mengingatkan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW serta para sahabat itu ke Madinah dan dikira berdasarkan perubahan kedudukan bulan. Namun, dalam rekod awal Muharam, tahun pertama hijrah sebenarnya adalah bersamaan dengan 16 Julai 622 Masihi.

Kisah hijrah baginda dan para sahabat dari Mekah ke Madinah ini ada banyak pengajarannya. Selepas 13 tahun berdakwah dan menyeru di Mekah, atas perintah Allah s.w.t, baginda dan para pengikutnya disuruh untuk migrasi ke Madinah. Faktor lain juga adalah disebabkan oleh kedudukan yang amat genting dan bahaya kerana diancam bunuh oleh orang Mekah serta telah mendapat janji taat setia daripada penduduk Madinah seperti yang termetrai dalam perjanjian Aqabah. Baginda yang tiba di Madinah serta kaum muhajirin disambut baik oleh penduduk di situ. Dan selepas 9 tahun hijrah, belakulah peningkatan yang mendadak bilangan kaum Muslimin kerana hampir seluruh tanah Arab sudah menerima Islam.

Isi yang tekandung dalam Hijrah ini lebih bermaksud migrasi dari suatu tempat ke suatu tempat yang lebih baik. Namun, ia juga membawa pengertian migrasi daripada satu tahap pemikiran ke satu tahap yang lebih tinggi atau daripada suatu sikap, menjadi suatu sikap yang lebih baik, yang secara umumnya bermaksud perubahan dan penambahbaikan (improvement) dalam menuju ke arah kemajuan.

Secara umumnya, Hijrah ini mungkin boleh dibahagikan kepada tiga; (a) Al-Hijrah al-Ammah (b) Al-Hijrah al-Daimah and (c) Hijrah al-Qulub Wa al-Dhamair. Hijrah yang pertama adalah Hijrah Rasulullah s.a.w. Hijrah kedua adalah migrasi dari sebuah tempat atau negara yang mengancam golongan Muslim itu ke sebuah tempat yang lain. Dan yang ketiga itu bermaksud Hijrah hati, sikap, fikiran, iman dan perbuatan ke arah yang lebih baik dan positif. Inilah yang kita perlu lakukan setiap tahun didalam memperbaiki diri kita sebagai umat Islam.

Hijrah ini sebenarnya menuntut perubahan. Ia adalah sebenar-benar perubahan yang bukan setakat berkata-kata dan berazam sahaja. Nabi menyebut melalui riwayat Abdullah bin Habsyi yang bermaksud: “..Orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah…” (Riwayat Muslim)

Oleh itu, marilah kita mengambil peluang ini untuk memperbetulkan diri, membersihkan diri serta melakukan perubahan dalam diri kita dalam memahami tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim. Andai kita ini masih kurang memahami apa tanggungjawab yang perlu digalas itu, berusahalah untuk mendalaminya. Andai kita ini masih terasa berada dalam dunia kejahiliyyahan, berusahalah untuk berubah keluar daripada zaman itu. Dan andai kita ini masih kurang dalam melakukan amal soleh, kebaikan serta berakhlak budi pekerti yang mulia, inilah masanya untuk kita berhijrah melakukan perubahan itu.

Insya Allah, keazaman dan kesungguhan kita ini akan dibantu oleh Allah s.w.t jika kita benar-benar ikhlas untuk melakukan hijrah tersebut. Mohonlah rahmat dan keberkatan yang berpanjangan agar Dia sentiasa menunjukkan kita ke jalan yang benar dan juga kita mampu menyusurinya dengan berjaya, selama-lamanya.

“Seseorang yang hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul akan mendapati hijrahnya kepada Allah dan Rasul. Namun andai hijrahnya adalah kepada wang, pangkat, perempuan dan duniawi ini, dia akan mendapat apa yang dia niatkannya itu”

Salam Maal Hijrah 1429 daripada NowWhyTwo!

January 9, 2008 - Posted by | Tazkirah, Ucapan | ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: