NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Welcome to NowWhyTwo’s Blog!


Assalammualaikum wrt

Selamat Datang ke Blog NowWhyTwo Moscow!

Blogs telah menjadi satu ‘trend’ terkini dalam dunia Internet moden. Kebanyakan pengguna internet kini didapati lebih banyak memanfaatkan masa terluang mereka sama ada dengan membaca blog kegemaran mereka atau menulis dan menerbitkan blog sendiri.

Oleh itu, dalam menyusuri arus kemajuan modenisasi ini, NowWhyTwo juga tidak mahu ketinggalan. NowWhyTwo ingin turut serta melangkah ke hadapan dan terlibat dalam arena Blogging sebagai mediumnya untuk berdakwah.

Pengisian dalam NowWhyTwo ini masih berasaskan prinsip yang sama iaitu berbentuk Tazkirah dan watak Kak Nab juga akan dikekalkan. NowWhyTwo akan memanfaatkan sepenuhnya pelbagai fasiliti dan kecanggihan yang telah disediakan di sini agar ia lebih menarik untuk para pembacanya.

Layarilah dan sebarkanlah kepada seluruh komuniti Muslim kita di Moscow ini. Moga-moga Allah sentiasa memandu kita semua dalam usaha mendapatkan keredhaanNya.

Insya Allah. Ameen.

January 8, 2008 - Posted by | Welcome | , , , ,

1 Comment »

  1. Salam…
    SAya salah seorang peminat blog ini dan selalu mendapatkan berbagai info berkaitan dengan hal keagamaan darinya. Setiap bulan juga saya akan mencetak jadual waktu solat bagi Kawasan Moscow. Di sini saya mohon untuk berkongsi bbrp artikel yang saya rasakan perlu untuk saya hebahkan kepada rakan dan taulan saya dari seluruh pelusuk dunia. Saya mohon izin untuk berbuat demikian dari pihak pengurusan NowWhyTwo ini. Untuk itu saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Jazakallah!

    Laily Wahab
    Moscow

    Comment by Laily Wahab | January 8, 2011 | Reply


Leave a comment