Memilih yang Bersih dan Halal itu Wajib
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian,
Apa khabar rakan-rakan sekalian, semoga sejahtera menjalani kehidupan seharian. Dalam kesibukan menjalani kehidupan sebagai pelajar, harapnya kalian tidak lupa untuk menjaga kesihatan diri dan makan pada waktunya.
Menyentuh tentang hal makan dan minum, mencari yang halal dan bersih itu menjadi cabaran pada kita lebih-lebih lagi pada adik-adik junior yang baru memulakan hidup baru di Kota Moscow. Imej di atas adalah salah satu panduan untuk memeriksa kandungan makanan yang boleh dibeli di pasar atau supermarket. Untuk apa sahaja jenis makanan yang telah siap dibungkus, jangan sangka semuanya halal. Jadi pastikan kandungannya bebas dari senarai E di atas yang jelas haram dimakan oleh kita sebagai muslim.
Semoga bermanfaat, kongsilah sesama kawan yang lain, semoga usaha kecil kita ini dipandang oleh Allah dan menjadi syafaat kita di akhirat nanti.
assalamualaikum,terima kasih kerana berkongsi.iA akn jd guide mknn yg sgt bergune
Salam akhi.. hmm.. sebelum ni ade senior2 yang cakap bahawa ada fatwa dari Dr Yusuf Qardhawi yg menghalalkan E semua ni di Europe sahaja. Dengan hujah bahawa semua imjulsifier ni mengalami perubahan jisim kepada satu bentuk yg baru.. Betulkah begitu?
salam…ini maklumat yang patut di maklumkan kepada yang lain…banyak lagi saudara2 kita yang belum tahu..ana minta izin ya..share utk saudara2 yang blum tahu..syukran