Khutbah AidilAdha 1430H: Mewujudkan Keturunan Dan Pemimpin Pelapis Yang Soleh
Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah,
Syukur kepada Allah SWT pada pagi hari yang mulia ini kita dapat bersama-sama melaksanakan solat Iduladha. Kehadiran kita pagi ini bersamaan dengan kehadiran sekitar 4 juta jemaah haji dari segala penjuru dunia menjadi tetamu Allah sedang melaksanakan ibadat haji di tanah suci Mekah. Suara mereka bertautan dan sambung menyambung dengan pujian takbir, tahlil dan tahmid. Suasana ini jelas memperlihatkan kepada kita betapa umat Islam disatukan dalam nikmat yang terbesar dari Allah SWT iaitu nikmat iman dan Islam. Selari dengan itu, maka marilah kita terus meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT mudah mudahan kita menjadi umat yang taat dan bersedia berkorban demi memperjuangkaan prestasi kecemerlangan Islam.
Khutbah pada hari ini akan membicarakan tentang “Mewujudkan Keturunan Dan Pemimpin Pelapis Yang Soleh”.
Pemikiran kau diserang mereka
Anak mudaku,
Apakah yang kau lakukan itu?
Kenapa kau masih di situ,
kaku,
tidak bergerak,
apa yang berlaku di luar sana,
kau tidak pernah mahu ambil tahu.
Temu-duga
Siapa pernah menghadiri temuduga? Siapa yang suka ditemuduga?..tetibe ingatan lampau zaman sekolah melintas kembali ke benak fikiranku. Aku ingat lagi semasa di zaman sekolah dulu, zaman lepas SPM. Ramai yang akan menghadiri interview untuk tawaran scholarship, maka sibuklah mereka menyiapkan diri, increasing their knowledge with current issues, baca suratkhabar, beli majalah-majalah ilmiah semata-mata nak ambil tahu ape pekembangan semasa, apa crisis dunia, what’s the latest event, sebabnya takut-takut soalan temuduga adalah berkaitan dengan isu tersebut. Ada juga kawan-kawan yang tekun berlatih speaking sorang-sorang, ada yang sibuk membina confidence dalam diri, ada juga yang concern habis fikir nak pakai baju apa masa pergi temuduga nanti..what an effort!
Semuanya demi temuduga. Naper beriya sangat kita yer? Sebabnya mudah, kita nak impress si penemuduga, dan sebab kita nak menjadi antara yang terpilih untuk dapat scholarship tu..tak kesahlah sama ada tajaan MARA, JPA, PETRONAS dan sebagainya. Sudah tentu kita nak buat yang terbaik, give the best of what we have, kerana yang datang interview bukan sikit tapi ramai sangat. Peluang yang dikhaskan pulak tak banyak. Maka kita kena compete habis-habisan, cuba ambil hati penemuduga dengan pelbagai idea dan jawapan yang creative dan inovatif. Suasana semasa hari temuduga sangat pelbagai dan mendebarkan. Ada yang berpakaian cantik, tampak elegant, kalah datin dan tan sri. Ada yang nampak tenang dan yang masih belum fasih berbahasa Inggeris, masa tulah akan practice speaking sakan..
Begitulah sebahagian dari kenangan lampau yang rasanya ramai orang pernah lalui. Ada yang pernah melalaui 2-3 kali temuduga, maklumlah dapat banyak sangat tawaran. Tapi itu semua hanyalah temuduga di dunia. Temuduga yang mana kalau kita gagal, kita masih berpeluang untuk kali keduanya. Kita boleh apply peluang lain dan cuba lagi. Tapi bagaimana jika temuduga itu adalah temuduga kita yang terakhir di akhirat nanti? Yang mana penemuduganya adalah Allah Yang Maha Agung dan adakah kita masih berpeluang untuk yang kedua kalinya jika kita gagal temuduga yang akhir ini?
Di akhirat nanti kita akan diinterview oleh Allah secara eye-to-eye, segala amalan kita akan dihisab dan dihitung satu demi satu.
Terima Kasih Ya Allah
Pernah aku hilang arah
Terumbang-ambing
Tercari-cari satu pelabuhan
Siapa aku?
Kenapa aku di sini?
Ah..
Aku hanyut dalam dunia
Dunia yang kurasa sangat indah
Tapi hati ini masih mencari-cari
Mencari sesuatu yang hilang
Tiba-tiba kau menyapa
Aku kaget
Siapa kau?
Kenapa aku?
Pergi,pergi,pergi
Tapi kau tetap di situ
Tetap menanti
Tetap menunggu
Dengan lembut kau menyentuh
Dan… aku tersentuh
Kini..
Aku tahu siapa aku
Kenapa aku di sini
Ku temui satu pelabuhan
Punyai arah
Punyai tujuan
Terima kasih Ya Allah kerana hidayahMu ini
Tak terucap syukurku
Moga Ya Allah
Aku tetap bersamanya
Selamanya..



