NowWhyTwo adalah merupakan salah satu medium penyebaran Dakwah di bawah kelolaan Biro Dakwah dan Tarbiyyah dalam Persatuan Perubatan Islam Malaysia – Russian Students’ Chapter (PPIM-RSC Moscow) di Moscow, Russia.
NowWhyTwo pada asalnya adalah risalah berbentuk tazkirah yang diterbitkan melalui percetakan. Ia diedarkan kepada seluruh pelajar muslim (perubatan) Malaysia di Moscow ini dan penerbitannya kini telah masuk tahun ke-3.
NowWhyTwo menumpukan usaha dakwah kepada pelajar-pelajar ini dan usaha membentuk individu-individu yang Soleh (baik) dan Musleh (membaikkan yakni, turut berdakwah) dalam menghasilkan Muslim Doktor yang dapat mengangkat nama dan mengembalikan semula kegemilangan serta martabat Islam pada masa hadapan.
Semua artikel dan karya dalam blog ini merupakan hasil sumbangan dari pelbagai pihak. Anda juga dialu-alukan untuk menyumbangkan sebarang idea.
hentikan penjualan rokok
betul2,jangan sekadar cakap jer lebih tapi langsung tak buat.Dah kena serang penyakit baru nak menyesal.