NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

QUDWAH (CONTOH TELADAN) KEPADA REMAJA ISLAM


Alangkah besarnya peranan remaja dalam Islam, jika kita mengkaji sejarah Islam. Kebanyakan gerakan perubahan yang berlaku dalam sejarah umat, sebahagian besarnya melalui peranan belia, ianya berlaku bukan secara spontan, bahkan merupakan sunnah dan peristiwa yang berulang-ulang.

Marilah kita sama-sama merujuk kepada sejarah Islam..
Ketika wahyu diturunkan kepada Rasulullah saw…
Siapakah yang menjadi sasaran wahyu…?
Siapakah yang menanggung bebanan risalah Islam..?
Siapakah yang memikul tanggung jawab risalah Islam dengan amanah…?
Siapakah yang menjadi sandaran Rasulullah saw dalam merubah sistem hidup di Mekah…bahkan dalam perubahan sistem hidup umat manusia keseluruhannya… bukan pada zaman Rasulullah saw sahaja malah sehingga hari kiamat…?

Siapakah golongan digelar ‘as sabiqun’ dalam sejarah Islam..? Siapakah generasi terbaik di kalangan umat manusia? Rasulullah saw menyifatkan dengan sabdanya yang bermaksud;

“sebaik baik manusia adalah yang sezaman denganku, kemudian mereka yang hidup sezaman generasi sahabat dan kemudian mereka yang hidup sezaman dengan generasi tabien”

(hadis dari Abdullah bin Mas’ud ra diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Siapakah yang berhadapan dengan taghut di Mekah dan di semenangjung tanah arab..? Siapakah yang menewaskan empayar Parsi dan Rom..?
Siapakah yang berjuang menentang aliran-aliran memusuhi Islam dan menyekutukan Allah..?

Wahai Para Remaja!!!
Rujuklah sejarah.. bacalah buku buku sejarah… kamu akan dapati contoh-contoh dan qudwah kepada para remaja….

mulim-idol1


Siapakah Zubair bin al A’wam ra?

Beliau digelar hawari Rasulullah saw dan Farisul Islam. Berapa umur beliau ketika memeluk Islam? Beliau berumur 15 tahun ketika memeluk Islam.. sebaya dengan usia remaja tingkatan 3!!!

Adakah pelajar pelajar tingkatan 3 sekarang berfikir, bermimpi, bercita cita dan berusaha seperti Zubair bin al A’wam?

Siapakah Talhah bin Ubaidullah ra?

Di antara anggota asasi dalam Jamaah Islam yang baru lahir di kota Mekah, sebagai seorang tokoh daie, seorang pahlawan yang mahir, gagah dan kedepan dan seorang dermawan fi sabilillah, sehinggakan Rasulullah saw memberi kurniaan ‘Talhah Al Khair’. Beliau hanya berusia 16 tahun ketika ia memeluk Islam.

Adakah kamu kenal Saad bin Abi Waqas ra

Seorang sahabat yang besar….orang yang pertama darahnya mengalir kerana Islam, doanya mustajab. Satu-satunya sahabat yang Rasulullah saw tebus dengan kedua ibu bapanya, ketika mana Rasulullah saw berkata kepada Saad bin Abi Waqas dalam peperangan Uhud ‘irmi Saad fida’ka abi wa ummi’ yang bermaksud “Wahai Saad panah! Ganti kamu bapaku dan ibuku” yang diriwayatkan oleh Imam at Tarmizi
Beliau berusia 17 tahun ketika memeluk Islam.

Adakah kamu kenal al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi ra?

Seorang sahabat yang menjadi sebutan semua umat Islam, kerana dia sanggup menjadikan rumahnya sebagai markaz dakwah selama 3 tahun. Dia dari kabilah bani Makhzumi, kabilah yang bersaing dengan bani Hasyim untuk memegang panji panglima perang. Rumahnya dijadikan markaz gerakan dakwah Islam yang dipimpin oleh Rasulullah saw dari bani Hasyim, apa akan berlaku kepadanya jika ia diketehui oleh pembesar-pembesar kabilah atau diketahui oleh kaum kerabatnya. Tentulah dia dituduh sebagai pengkhianat kerana bersubahat dengan kabilah seterunya. Jangan kita lupa bahawa Fir’aun umat, Abu Jahl dari kabilah bani Makhzumi adalah merupakan musuh nombor satu dakwah Islam pimpinan Rasulullah saw. Semua halangan dan cabaran ini dapat diatasi oleh al Arqam bin Abi Arqam dan beliau sanggup mengambil segala risiko, dan sanggup berkorban demi kerana Islam. Dia hanya baru berusia 16 tahun.

Cuba bayangkan apakah remaja yang seusia dengannya fikirkan? Apa yang dimimpikan? Mungkin nak jadi juara Akademi Fantasia, Gangstarz, One In a Million dan sebagainya???

Kita ketika membaca kisah pahlawan-pahlawan seperti Zubair bin al A’wam ra, Talhah bin Ubaidullah ra, Saad bin Abi Waqas ra, al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi ra dan ramai lagi seolah-olah kita membicarakan kisah pahlawan-pahlawan agung. Memang mereka semua pahlawan-pahlawan yang agung dalam usia remaja. Mereka mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sejarah umat Islam dari segi aspek pengetahuan, kesungguhan, keimanan, akhlak dan amal. Sepatutnya remaja hari ini bangga menjadikan mereka sebagai qudwah, ikutan dan impian, lebih-lebih lagi mereka ialah sahabat-sahabat kepada junjungan besar Rasulullah saw yang merupakan generasi terbaik bagi umat Islam.

Ayuh bangkit wahai pemuda-pemudi Islam!

(diadaptasi dari http://www.dakwah.info)

About these ads

March 29, 2009 - Posted by | Akhlak, Tazkirah

5 Comments »

  1. siap ! kami siap bangkit dari tidur kami. kami akan tunjukkan kepada dunia luar bahwa islam masih eksis dan akan kembali pada khilafah islamiah.

    Comment by muslim | March 30, 2009 | Reply

  2. terasa begitu kerdil diri ini..masa kita lbh byk dihabiskan utk perkara yg sia2..mkn hari mkn jauh dr pencipta kita..ayuh sama2 kita memperbaiki diri.walaupun tdk dpt menjadi sehebat para sahabat cukuplah kita berusaha utk menjadi seperti mereka..

    Comment by nusayba | April 6, 2009 | Reply

  3. erm….reflek diri kmbali…usia smasa para shabat cbuk perjuangkan Islam…saya masih cbuk homesick kan rumah…lemahnye saya=(

    Comment by fina | April 13, 2009 | Reply

  4. salam…minta izin share ya..^^.utk tatapan remaja diluar sana..

    Comment by nur | November 12, 2010 | Reply

  5. Its like you read my mind! You seem to know a lot about this, like you wrote
    the book in it or something. I think that you could do with some pics to drive
    the message home a bit, but instead of that,
    this is great blog. A fantastic read. I will definitely be back.

    Comment by Aqiqah | July 28, 2013 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: