Bacalah!
Hakim : Adam, aku ada baca satu buku ni. Tulisan Imam al-Ghazali.
Adam : Apa yang menarik?
Hakim : Ha, ni la yang aku nak kongsi dengan kau.
Adam : Apa?
Hakim : Imam Ghazali kata pada diri manusia tu ada 4 sifat yang menjadi tumpuan
berlakunya dosa.
Adam : Apa sifat-sifat tu?
Hakim : Sifat-sifat tu adalah Rububiyyah, Syaithaniyyah, Bahimiyyah dan Subu’iyyah.
Adam : Aku tak faham la istilah arab ni. Terangkan sikit.
Hakim : Rububiyyah tu maknanya ketuhanan. Antara sifat-sifat manusia yang cenderung
kepada sifat ketuhanan ialah seperti besar diri, suka bermegah, memaksa, suka
dipuji dan lain-lain. Sifat-sifat macam ni menyebabkan lahirnya dosa-dosa besar
yang kadang-kadang kita tak rasa pun yang itu adalah dosa. Sedangkan dosa-
dosa yang lahir dari sifat ini adalah pembinasa yang amat besar dan induk
kepada kebanyakan maksiat.
Adam : Apa contoh dosa yang lahir daripada sifat ni?
Hakim : Contohnya adalah mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Atau lebih jelas lagi kalu
aku bagi contoh macam Firaun yang mengaku dirinya sebagai tuhan.
Adam : Ooo..faham-faham..sifat Syaithaniyyah tu macam mana pula?
Hakim : Sifat Syaithaniyyah adalah sifat kesyaitanan seperti hasad dengki, melampau,
melakukan helah, menipu dan menggesa kepada kerosakan dan kemungkaran.
Semua ni akan melahirkan sifat munafik serta mengajak kepada bid’ah dan
kesesatan.
Adam : Sifat seterusnya?
Hakim : Sifat ketiga ialah sifat Bahimiyyah atau sifat kebinatangan. Sifat ni akan
melahirkan sifat-sifat pelahap, gopoh serta kerakusan untuk melampiaskan
nafsu perut dan kemaluan. Sebab tu la lahirnya perbuatan zina, liwat, mencuri,
makan harta anak yatim serta mengumpul harta hanya untuk kepuasan diri. Sifat
terakhir adalah Subu’iyyah atau kebuasan. Kau rasa apa contoh sifat ni?
Adam : Emmm…marah, berdendam, membunuh, menyerang orang ?
Hakim : Ha.. betul la tu. Sebab tu la ada manusia yang jadi pembunuh, pencuri,
perompak dan lain-lain lagi. Imam Ghazali kata yang pertama menguasai
manusia adalah sifat kebinatangan dan diikuti sifat kebuasan. Bila kedua-dua ni
berkumpul ia akan menggunakan akal untuk membuat tipu daya serta helah yang
merupakan sifat kesyaitanan. Akhirnya sifat ketuhanan menguasai diri seperti
bermegah dan berusaha untuk berkuasa atas semua orang.
Adam : Tapi takkan sifat ketuhanan tu tak melahirkan sifat-sifat yang mulia langsung?
Hakim : Ya, sifat ketuhanan akan melahirkan sifat-sifat mulia apabila ia berjaya
mengalahkan serta mengendalikan ketiga-tiga sifat yang lain tu.
Adam : Ooo begitu.
Hakim : Kau rasa kenapa manusia ni ada keempat-empat sifat ni?
Adam : Sebab manusia dijadikan dari tanah yang telah dicampur dengan pelbagai
campuran.
Hakim : Betul tu. Sebab manusia ni dijadikan daripada pelbagai campuran maka setiap
bahan tu memberi kesan kepada sifat-sifat manusia.
Adam : Bagaimana kita nak mengendalikan sifat-sifat tersebut supaya kita lahirnya sifat-
sifat mulia dalam diri kita?
Hakim : Kan Allah dah turunkan satu buku manual untuk kita jadikan panduan dalam
hidup kita.
Adam : Al-Quran kan?
Hakim : Ya, al-Quran. Ingat tak apa ayat pertama Allah turunkan?
Adam : Bacalah dengan nama Tuhanmu.
Hakim : Sebab itulah kita perlu baca Quran supaya dapat belajar, memahami dan ikut setiap apa yang Allah dah beritahu dalam manual tu. InsyaAllah kita akan dapat membentuk diri kita untuk bersifat dengan sifat-sifat yang mulia. Tapi di samping tu kita ada juga sunnah Rasulullah SAW yang perlu kita contohi dan teladani.
Adam : Thanks kongsi ilmu ni dengan aku. Lain kali kalau sudi kongsi la lagi ye.
Hakim : InsyaAllah.

Assalamualaikum.. tumpang tanya, apae ek root word utk bahimiyyah & subu’iyyah?
SIMPLE BUT FULL
perth, australia..mnarik2
alhamdulillah…dpt ilmu baru
bahimiyyah tu asal dr perkataan bahimah=binatang
tp mintak maaf xdpt cr root word utk subu’iyyah
comelnye, mak halim yang tolong jawab. mashaAllah =)