The road not taken
life is about making decisions…. Saban hari kita harus membuat pilihan, Contohnya hari ni nak masak ape ye? Nak pakai baju apa pergi kelas? Nak study ke nak layan You Tube kejap ek?. Kita sering dihantui dengan persoalan tentang pemilihan kerana kita sering diberi banyak pilihan. Tapi pemilihan yang sukar untuk dibuat apabila kita harus memilih satu di antara dua. Hanya two choices available. Sudah pasti kedua- dua pilihan yang ada ini dilihat sama baik dan sama bagusnya.
‘Dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan ( kebaikan dan kejhatan)’ (90:10)
Hakikatnya, manusia itu harus memilih. Dan setelah dia memilih pilihan tersebut dia harus bertindak mengikut pilihan itu. Sudah pasti apa pun tindakan yang dia bakal ambil, dialah yang harus memikul beban tanggungjawabnya selepas itu.
‘setiap orang bertanggungjawab atas apa yang dilakukannya’ (74:38)
Maka pemilihan yang harus kita buat adalah sangat penting dan kita harus betul-betul memilih agar tidak rugi dan menyesal dikemuadian hari. Namun Allah itu tidak zalim. Dia tidak membiarkan kita begitu sahaja terkontang-kanting tanpa sebarang bekalan dan petunjuk.
Allah memberi kita keupayan untuk menganalisa, mengenal kebaikan dan kita juga berupaya untuk mengenal kejahatan dalam apa yaang kita lalui. Allah juga memberi kita akal untuk berfikir dimana akal yang waras yang menentukan garis tindakan tindakannya, dan oleh kerana itu bertanggungjawab terhadap segala tindakkan dan keputusan.
Allah juga beri kita hati untuk merasa dan memahami. Namun harus ingat, kita harus bijak membezakan adakah itu penunjuk dari allah atau lintasan hati yang berdasarkan keinginan nafsu semata.
Hatiku

Apa perasaan anda hari ini? Sedih? Marah? Bosan? Sudahkah kita berbicara dengan dengan hati kita hari ini? Hati- elemen penting dalam diri manusia. Ibarat raja yang mempunyai kuasa yang tertinggi dalam sesebuah organisasi pentadbiran, ketua kepada para pembesar dan menteri-menteri yang memegang tampuk ketenteraan dan pertahanan dan yang menentukan polar kehidupan rakyat jelata. Hati adalah towering centre yang penting dalam diri manusia. Tanpa hati, kehidupan manusia ibarat cacat separuhnya kerana dengan hatilah kita dapat berfungsi untuk merasa dan dapat memahami.
‘maka tidak pernahkah mereka berjalan dibumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar?’ (22;46)
Nikmat yang sangat besar apabila hati itu dapat memahami, dapat menilai melaui acuan dan turasan yang betul, dapat menghargai hikmah yang tersembunyi di sebalik kejadian dan ciptaan Tuhan. We became a person of different perspectives, views and thinkings!.
Survey : Solat Jumaat di Kedutaan Besar Malaysia
*** Waktu Solat Jumaat akan ditetapkan mengikut Waktu Zuhur atau kesesuaian selagi belum habis waktunya.
Sila Klik untuk mengundi.
Ketidakpastian Yang Disengajakan
Menanti sebuah malam.
Menanti atau mencari dan memburunya?
Lailatul Qadar adalah malam yang pasti datang. Jika menantinya itu hanya dengan sekadar berjaga malam, maka orang-orang yang bersekang mata tanpa berbuat apa-apa itulah yang beruntung dilintas kehadiran malam itu. Sesungguhnya ia bukan malam penantian, tetapi malam pemburuan dan pencarian.
Entahlah di malam 21, atau malam 23, atau malam-malam ganjil yang lain… Lailatul Qadar dianugerahkan. 9 Ramadhan yang ditempuh Rasulullah SAW di sepanjang hayat Baginda selepas pensyariatan ibadah puasa, menyebabkan riwayat-riwayat tentang Lailatul Qadar hanya tersimpul sebagai suatu anugerah yang diberi pada 10 malam terakhir Ramadhan itu.
“Mengapa tidak ditetapkan sahaja satu malam yang khusus bahawa itulah malam Lailatul Qadar?” ada yang bertanya.
“Anta cadangkan malam yang mana?” saya pun bertanya seada-adanya.
“Malam 27 barangkali” katanya.
“Maka beruntunglah penjual minyak tanah dan pelita untuk malam tujuh likur itu ya!” saya bergurau.
“Eh, ke situ perginya ustaz” kata beliau.
Pantasnya Masa Berlalu
Seperti tidak terasa, begitu pantas ramadhan berlalu
meninggalkan kita semua.
Apa khabar iman?
Bagaimana amal?
Masih tidak terlambat lagi untuk menambah amal kita,
untuk meningkatkan iman kita.
Sentiasa perbaharui "nawaitu" kita, untuk apa kita bersusah payah
menahan diri selama sebulan ini.
Adakah hanya semata-mata atas dasar untuk menunaikan
kewajipan rukun Islam ke-4,
habis sebulan, beraya sakan?
Masih ada masa untuk bermuhasabah.
