NowWhyTwo Moscow

Wadah bicara. Kuatkan Iman Teruskan Amal~

Hijrah Kita

Tahun baru menjelma lagi. Tahun baru dalam Islam ini adalah merujuk kepada sejarah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah menuju ke Madinah, atau dikenali sebagai Hijrah. Peristiwa ini sebenarnya mengandungi pengertian dan pengajaran yang amat banyak dan luas.

Hijrah ini boleh dikaitkan dengan satu tema iaitu = PERUBAHAN.

Hijrah daripada jahil kepada faham, daripada jahat kepada baik, daripada baik kepada yang lebih baik, daripada perbuatan syirik kepada tauhid, daripada kufur kepada iman, daripada melakukan maksiat kepada taat, daripada riak kepada ikhlas, daripada takbur kepada tawaduk, daripada malas kepada rajin, daripada khianat kepada amanah, daripada dusta kepada jujur, daripada perpecahan dan permusuhan kepada perpaduan dan berkasih sayang dan banyak lagi.

Maka, hijrah daripada satu amalan yang tidak diredai Allah kepada suatu amalan yang dikehendaki-Nya adalah termasuk dalam maksud hijrah yang sebenar.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang Allah.”

(Riwayat Muslim).

Apakah Hijrah anda mulai tahun 1430 ini?


Apakah Perubahan yang anda ingin lakukan
dalam diri anda mulai tahun 1430 ini?

Continue reading

December 28, 2008 Posted by | Tazkirah | , , | Leave a comment

Salam Maal Hijrah 1430 H

NowWhyTwo Moscow

ingin mengucapkan

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430

kepada semua muslimin dan muslimat.


Semoga dengan tahun baru ini, kita akan lebih berusaha untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t.

Semoga hijrah kita untuk lebih memahami dan mengamalkan Islam dapat disempurnakan dengan langkah yang istiqamah.

Dan marilah juga kita sama-sama berdoa agar umat Islam di seluruh dunia ini sentiasa berada dalam keadaan aman sejahtera dan dirahmatiNya.

Ameen…(“,)

December 28, 2008 Posted by | Iklan, Ucapan | , | 1 Comment

Formula Sukses

Dari surah At-Talaq (65:2-3)

” Barangsiapa BERTAKWA kepada Allah nescaya Dia akan membuka jalan keluar baginya, dan Dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.

Dan barangsiapa BERTAWAKKAL kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.

Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu ”

formula1

December 27, 2008 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment

Pelayaran Mengenal Fungsi Diri

Mencari jawapan kepada soalan, “saya hidup ini untuk buat kerja apa”… adalah suatu pelayaran di lautan yang luas. Jawapan kepada soalan itu memang luas.

Ya, menjadi seorang doktor… itulah karier yang menanti seorang pelajar perubatan. Tetapi lautan itu masih luas.

Doktor apa? Mahu ke medical atau surgery? Lautannya masih luas.

Itu kalau dikecilkan soalan kepada kerjaya. Tetapi jika dibesarkan kepada soal menjadi khalifah Allah… khalifah yang bagaimana… maka lautan itu akan terus melebar.

Habis,bila nak nampak daratannya? Itulah persoalannya…

Jika kita berhenti berlayar, dan memilih untuk menjadi pulau kecil di tengah lautan, maka di situlah berakhirnya persoalan “hidup untuk apa” itu tadi. Continue reading

December 11, 2008 Posted by | Tazkirah | , , | Leave a comment

Qurban Bairam

Уважаемые братья и сестры!

Благотворительный Фонд Исторической мечети приглашает Вас совершить обряд жертвоприношения – Курбан (8 Декабрь 2008г.)

Оплатив цену жертвенного животного, Вы поручаете сотрудникам фонда поиск, покупку, забой от Вашего имени и в соответствии с нормами шариата жертвенного животного, а так же его разделку и привоз туши в Историческую мечеть.

Мясо жертвенных животных будет роздано малоимущим, бедным и нуждающимся мусульманам (более 800 семей). Лица, сделавшие Курбан через фонд мечети, имеют право получить часть мяса своего жертвенного животного в дни раздачи.

Совершив свой Курбан через наш Благотворительный фонд, Вы поможете десяткам верующих и неимущих собратьев по вере, сэкономите время и достойно выполните предписания шариата.

· Цена одного жертвенного барана (sheep): 4500руб.

· Цена одной жертвенной коровы (cow): 40000руб. (1 часть коровы – 5750руб.)


Dear brothers and sisters!

The welfare fund of the Historical mosque invites you to make a sacrifice ceremony – Kurban (on December, 8th 2008г.)

Having paid the price of a sacrificial animal, you give in charge to employees of fund search, purchase, slaughtered from your name and according to standard of Sheriyat of a sacrificial animal, and as its cutting and a supply of the hulk in the Historical mosque.

Meat of sacrificial animals will be distributed to needy & poor Moslems (more than 800 families). The person who have made a Kurban through the fund of a mosque, have the right to receive a part of meat of the sacrificial animal in days of distribution.

Having made Kurban through our Welfare fund, you will help tens believing and deprived colleagues on belief, will save time and adequately execute Sheriyat instructions.

· The price of one sacrificial sheep: 4500 руб.

· The price of one sacrificial cow: 40000руб. (1 part of the cow – 5750руб.)


  • Sekiranya anda ada berniat untuk membuat Ibadah Qurban atau bersedekah, bolehlah menyalurkan hasrat murni anda itu kepada wakil-wakil AJK PPIM RSC Moscow di setiap lokaliti hostel.
  • Harga untuk sembelihan Qurban adalah seperti tertera di atas.
  • Anda juga boleh berbuat demikian terus kepada pihak Masjid.

За справками обращаться в администрацию мечети или по телефону:
(495) 951-17-81
Адрес: с. м. Новокузнецкая, ул. Б. Татарская, д. 28
Историчекая мечеть

Председатель БФ, Имам мечети
Рамиль-хазрат Садеков

Официальный сайт: www.manar.ru

December 3, 2008 Posted by | Iklan | , | Leave a comment

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.