Tak Nak !!!
.
Ahmad : Zul ! tu… tu…
Zul : Erk…, apa benda Mad?
Ahmad : Tu….. Nampak tak tu…?
Zul : Puntung rokok? Kenapa? Dah nak habis, biar je la. Takkan nak hisap sampai hujung kot…
Ahmad : Tak. Orang Mukminkan suka jaga kebersihan. Tak suka buang sampah merata-rata macam ni…
Zul : Lergh. takpe la… Ni kan kat tanah negara kafir Rusia! Apa salahnya…?
Ahmad : Ye la. Tapi, Rusia ini kan di Bumi Allah juga kan?
Zul : Ops….
Ahmad : Haa.. silap tu… Janganlah di negara sendiri saja sayang nak buang sampah merata-rata tapi, bila di negara orang, pakai suka hati je ye…
Zul : Yela, yela…
.
***IKLAN***
Amaran : Merokok membahayakan nyawa kita dan orang lain serta membazirkan duit, juga kita secara tak langsungnya akan membuat kerosakan di muka bumi ini… !!!
Katakan TAK NAK!
Katakan TAK NAK!
“Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu”
(AnNisa, 4:29)
(AnNisa, 4:29)
“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”
(Al-Baqarah, 2:195)
.
No comments yet.
